Telefilem Debunk Raya Di Astro Warna

Telefilem Debunk Raya Di Astro Warna

Saksikan telefilem Debunk Raya yang akan menemui penonton pada 21 April 2023 (malam raya), bersiaran pada hari Jumaat jam 10.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reen Emran dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Neek.

Sinopsis Telefilem Debunk Raya

Telefilem Debunk Raya menampilkan barisan pelakon seperti Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raja Lawak Junior, Shahril Sarjen, Seha Monica, Shahril Sarjan dan ramai lagi.

  • Wan Chai sebagai Sofi
  • Sharifah Sakinah sebagai Edna
  • Haidar Hasanudin sebagai Mizan
  • Danish Raja Lawak Junior sebagai Aiman
  • Seha Monica sebagai Cik Yah
  • Shahrel Sarjen sebagai Pak Akob

Ianya mengisahkan tentang Sofi dan Mizan melakukan debunk ke sebuah tempat lama di Hospital Mega Utara selepas mereka dicabar oleh peminat-peminatnya bagi membuktikan hantu syaitan diikat menjelang Ramadan.

Disebabkan cabaran itu juga, Sofi dan Mizan menagguhkan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung demi membuktikan kebenaran tersebut.

Kedatangan Sofi ke hospital tersebut secara tidak sengaja mengundang Edna yang dah lama kesepian di situ, dan teringin benar merasakan suasana Hari Raya di kampung. Diam-diam Edna akhirnya menumpang Sofi dan Mizan ke kampung.

Hari Raya Sofi berubah menjadi huru hara apabila Edna merancang untuk memeriahkan lagi Hari Raya Sofi sekeluarga.

Telefilem Debunk Raya Di Astro Warna

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post