Telefilem Demi Masa Di TV3

Telefilem Demi Masa Di TV3

Saksikan telefilem Demi Masa yang akan menemui penonton pada 25 April 2023 (raya keempat), bersiaran pada hari Selasa, jam 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim.

Sinopsis Telefilem Demi Masa

Telefilem Demi Masa menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar, Aryan Adzrin, Fahmie Mikail dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Musa
  • Umar Shakur sebagai Muhammad
  • Ruminah Sidek sebagai Tok Umi
  • Nadiya Nisaa sebagai Cikgu Fatimah
  • Azhar Sulaiman sebagai Syam

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Musa yang diberikan peluang sekali lagi untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain apabila dia dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah yang dilakukan pada masa dahulu.

Disebabkan itu, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran dan perasaan yang menghantuai hatinya tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Bukan itu sahaja, anaknya Muhammad juga sukar untuk menerima Musa sebagai ayahnya.

Adakah masa akhirnya berjaya menyatukan antara ayah dan anak?

Telefilem Demi Masa Di TV3

Telefilem Demi Masa Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post