Telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Di TV3

Telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Di TV3

Saksikan telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa yang akan menemui penonton pada 15 April 2023, bersiaran hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang menyayat hati ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu tuan Feroz Kader dengan nukilan skrip daripada Tommy Loh.

Sinopsis Telefielm Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa

Telefilem Hari-Hari Seorang Pendosa menampilkan barisan pelakon seperti A. Galak, Nabila Huda, Ellie Suriaty, Puteri Aishah, Luqman Hafidz, Hariz Hamdan, Saidah Kamarudin dan ramai lagi.

  • A. Galak sebagai Nayan
  • Nabila Huda sebagai Ramona
  • Ellie Suriaty sebagai Che Dah
  • Luqman Hafidz sebagai Nasir
  • Puteri Aishah sebagai Lynn
  • Hariz Hamdan sebagai Ramzi
  • Saidah Kamarudin sebagai Nadira

Ianya mengisahkan tentang seorang wanita iaitu Ramona seorang yang tabah dan kini berubah menjadi tunggang langgang selepas kehadiran ibu kandungnya berpenyakit mental yang pernah menjadi pelacur sebelum ini.

Namun realiti sebenar menyedarkan dirinya betapa besar pengorbanan seorang ibu walaupun Ramona membesar bersama Nayan yang tidak pernah jujur kepadanya selama ini.

Telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post