Telefilem Heist Dil Fitri Di Astro Ria

Telefilem HeisDilFitri Di Astro Ria

Saksikan telefilem HeistDilFitri yang akan menemui penonton pada 23 April 2023, (raya kedua), bersiaran pada hari Ahad, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Bean Production Sdn. Bhd., diarahkan buat kali pertama daripada Zizan Razak dengan bantuan Issey Fazlisham menurusi garapan skrip daripada Bainun Waheeda.

Sinopsis Telefilem HeistDilFitri

Telefilem Heist Dil Fitri menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Ibrahim
  • Issey Fazlisham sebagai Mus
  • Shiqin Kamal sebagai Anis
  • Khir Rahman sebagai Dato' Jack
  • Maria Farida sebagai Nina Rose
  • Jihaa Sham sebagai Aisyah
  • Mathni Razak sebagai Inspektor Gushion

Ianya mengisahkan tentang Ibrahim, Mus dan Anis iaitu kumpulan perompak profesional yang telah berjaya merompak berlian bernilai tinggi dan telah melalui banyak siri 'heist' tanpa ditangkap polis.

Satu hari, Ibrahim dihantui dengan iklan-iklan Hari Raya yang mengisahkan tentang kekeluargaan. Disebabkan itu, Mus mendapat idea untuk adakan satu lagi rompakan tetapi bukan harta benda bernilai tetapi sebuah keluarga dan akan beraya bersama mereka.

Pencarian tersebut menemukan mereka dengan sebuah keluarga hartawan. Apakah kesudahan rompakan raya bersama keluarga hartawan tersebut?

Telefilem HeisDilFitri Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post