Telefilem Kami Nak Jadi Superstar Di TV1

Telefilem Kami Nak Jadi Superstar Di TV1

Saksikan telefilem Kami Nak Jadi Superstar yang akan menemui penonton pada 23 April 2023, 2 syawal, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang ditayangkan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Half Moon Entertainment, diarahkan oleh Md Ridzywan Rizal Ramli dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Kami Nak Jadi Superstar

Telefilem Kami Nak Jadi Superstar menampilkan barisan pelakon seperti Joey Daud, Mark Adam, Acong Sweetchild, Ucop Cecupak, Chow Matt Samad, Bea Rameshan, Octovia Manrose, Fanna Azizan, Noralbaniah, Kazar Saisi dan ramai lagi.

  • Joey Daud sebagai Alif
  • Mark Adam sebagai Bani
  • Acong Sweetchild sebagai Mail
  • Ucop Cecupak sebagai Eddy
  • Chow Matt Samad sebagai Boy 
  • Bea Rameshan sebagai Wati
  • Octovia Manrose sebagai Melati
  • Noralbaniah sebagai Mak Siti
  • Fanna Azizan sebagai Suriyati
  • Kazar Saisi sebagai Hj. Ramli

Ianya mengisahkan tiga sahabat iaitu Alif, Bani dan Mail yang datang ke Kuala Lumpur bercita-cita untuk menjadi superstar rock.

Tetapi pelbagai halangan dan cabaran yang menimpa mereka selama menuju ke Kuala Lumpur yang antaranya adalah beg mereka dicuri.

Akan tetapi, Eddy dan Boy telah membantu mereka memberikan tempat tinggal sementara serta membantu bagi mengejar cita-cita di Kuala Lumpur untuk menjadi superstar.

Adakah pada akhirnya mereka berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini? Ikuti kisah mereka sehingga tamat.

Telefilem Kami Nak Jadi Superstar Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kami Nak Jadi Superstar Di TV1"