Telefilem Keikhlasan Cinta Di TV3

Telefilem Keikhlasan Cinta Di TV3

Saksikan telefilem Keikhlasan Cinta yang akan menemui penonton pada 26 April 2023 (raya kelima), bersiaran pada hari Rabu, jam 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang dibawakan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faliq Sharif dengan nukilan skrip dariapda Marr Mohamad.

Sinopsis Telefilem Keikhlasan Cinta

Telefilem Keikhlasan Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Daiyan Trisha, Syarul Ezani, Rita Rudaini, Kahoe Hon, Syefik, Esma Daniel, Dato' Shah Rezza ibu Fauziah Nawi dan ramai lagi.

  • Daiyan Trisha sebagai Rania
  • Syarul Ezani sebagai Ustaz Hilman
  • Rita Rudaini sebagai Sarah
  • Nas T sebagai Reza
  • Esma Daniel sebagai Ustaz Rizal
  • Ka Hoe sebagai Kiki

Ianya mengisahkan tentang Rania Rizal yang telah memenangi banyak anugerah dan menjadi duta kepada jenama-jenama yang terkenal.

Disebabkan kredibiliti Rania, dia telah diminta oleh pengurusnya untuk menjadi hos dan penerbit bagi sebuah rancangan yang bertajuk Ikhlas - program keagamaan yang tidak begitu popular.

Rania digandingkan dengan Ustaz Hilman tetapi mereka berdua tidak serasi dan sering bertengkar. Walaupun terdapat banyak jurang di antara mereka, mereka cuba sedaya upaya untuk menghadapinya bersama.

Telefilem Keikhlasan Cinta Di TV3

Telefilem Keikhlasan Cinta Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post