Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

Saksikan telefilem Ku Cari Jannah yang akan menemui penonton pada 29 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Crossfire Studio Sdn. Bhd., diarahkan oleh Adam Hamid dengan nukilan skrip daripada Ramlah Rashid.

Sinopsis Telefilem Ku Cari Jannah

Telefilem Ku Cari Jannah menampilkan barisan pelakon seperti Syazuwan Hassan, Khalida Balqis, Datin Fadilah Mansor, Kay Maria, Shyrim Husni dan ramai lagi.

  • Syazuwan Hassan sebagai Rizarul
  • Khalida Balqis sebagai Jannah
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Uda
  • Kay Maria sebagai Cik Semah
  • Shyrim Husni sebagai Tok Man

Ianya mengisahkan tentang Jannah iaitu seorang gadis kampung lulusan STPM yang bercita-cita tinggi melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Jannah berkawan dengan Rizarul, anak ketua kampung. Rizarul melamar Jannah, tetapi pinangannya ditolak. Rizarul tidak dapat menerima hakikat pinangannya ditolak, lalu memujuk ibu Jannah dengan menaikkan hantaran sehingga RM20 ribu.

Kelabu mata dengan hantaran RM20 ribu itu, ibu Jannah menyatakan persetujuan, malah mencadangkan supaya terus bernikah tanpa bertunang dahulu.

Jannah difitnah melakukan sumbang sehingga dihalau oleh ibunya. Sejak itu, Jannah belajar hidup berdikari sehingga pulang semula ke kampung sebagai seorang usahawan tudung yang berjaya.

Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post