Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

Saksikan telefilem Langit Tak Mendengar yang akan menemui penonton pada 25 April 2023 (raya keempat), bersiaran pada hari Selasa, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Juita Viden, diarahkan oleh Michael Ang dengan nukilan skrip dan idea asal daripada Rehal Nuharis.

Sinopsis Telefilem Langit Tak Mendengar

Telefilem Langit Tak Mendengar menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Mak Engku Faridah, Fikry Ibrahim, Gen Darwish, Arissa Khyra dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Jue
  • Mak Engku Faridah sebagai Nenek/Mak Ina
  • Fikry Ibrahim sebagai Nabil
  • Gen Darwish sebagai Wafie
  • Arissa Khyra sebagai Reen

Ianya mengisahkan tentang Jue yang pada awalnya gembira apabila cita-citanya untuk menjaga ibunya sendiri termakbul apabila abangnya iaitu Ismail meminta bantuan Jue untuk menjaga ibu mereka.

Tetapi langit tidak selalunya cerah apabila kemunculan ibunya dirumah membuatkan dirinya terbeban dengan pilihan mahu menjadi anak kepada ibunya atau isteri kepada suaminya iaitu Nabil.

Ini kerana, sejak ibunya datang, ianya telah menguji kesabaran keluarga Jue termasuk suami dan anak-anak juga jiran sekeliling apabila ibunya membuat perangai dan tidak menjaga tingkah laku selama berada di rumah.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post