Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Saksikan telefilem Lorong Kecil Ke Syurga yang akan menemui penonton semula pada 10 April 2023, bersiaran pada hari Isnin jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad dengan nukilan skrip daripada Mohd Syukri Mohd Sidek.

Sinopsis Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Izz Ilham, Raja Ilya, Eliza Mustafa, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazeli Baginda dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Azmi
  • Izz Ilham sebagai Haikal
  • Raja Ilya sebagai Mimi
  • Eliza Mustafa sebagai Maria
  • Pyan Habib sebagai Osman Tikus
  • Kodi Rasheed sebagai Din

Ianya mengisahkan tentang Azmi yang merupakan seorang bekas banduan yang telah bebas daripada penjara dan kini hidup bergelandangan tanpa arah tujuan.

Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan seorang kanak-kanak yang bernama Haikal yang jaug lebih muda daripadanya dan dapat tahun dia merupakan anak kandungnya. Azmi seperti mendapat semangat baru untuk hidup.

Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama. Azmi nekad untuk menjaga Haikal apabila mendapat tahu Haikal tidah dididik dengan baik oleh bekas isteri dan suami barunya. Malah Azmi diburu oleh orang upahan mereka.

Suatu malam ketika tidur di kaki lima, Azmi dibunuh oleh Din, iaitu rakan gelandangan yang mendapat ganjaran daripada Maria. Meskipun Azmi seorang insan yang serba kekurangan, bagi Haikal, Azmi merupakan bapa yang cukup sempurna.

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post