Telefilem Memintas Al-Qadar Di TV1

Telefilem Memintas Al-Qadar Di TV1

Saksikan telefilem Memintas Al-Qadar yang akan menemui penonton pada 15 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang diadaptasi daripada cerpen 'Memintas al-Qadar' karya Allayarham Azman Ahmad ini merupakan terbitan syarikat produksi Alkahfi Pictures, diarahkan oleh Jamil Mutalib dengan nukilan skrip daripada Anina Sahal.

Sinopsis Telefilem Memintas Al-Qadar

Telefilem Memintas Al-Qadar menampilkan barisan pelakon seperti Arman Graseka, Dilla Ahmad, Ustaz Dini, Ku Natasha, Saiful Ghaz, Yusri Salleh, Epool, Yeoh Hashim, Hanif Sabri dan ramai lagi.

  • Arman Graseka sebagai Pak Hamid
  • Ustaz Dini Juri sebagai Imam Robani
  • Dilla Ahmad sebagai Azizah
  • Shaiful Ghaz sebagai Jalal
  • Ku Natasha sebagai Ziela
  • Yeop Hashim sebagai Lazim
  • Epool sebagai Zakuan

Ianya mengisahkan tentang Fikri dan Faisal yang bersahabat di semasa tinggal di Rumah Kasih terpaksa berpisah apabila Faizal telah mendapat keluarga angkat dan tinggal di luar negara.

Setelah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri mereka ditakdirkan bertemu semula namun hubungan persahabatan mereka mula diuji apabila Faizal yang sekarang bukanlah Faizal yang dikenalinya dahulu.

Telefilem Memintas Al-Qadar Di TV1

Telefilem Memintas Al-Qadar Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post