Telefilem Perindu Senja Di TV3

Telefilem Perindu Senja Di TV3

Saksikan telefilem Perindu Senja yang akan menemui penonton pada 1 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem khas sempena Ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Osman Ali dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.

Sinopsis Telefilem Perindu Senja

Telefilem Perindu Senja menampilkan barisan pelakon seperti Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud, Hilal Azman, Shah Kimin, Ammar Bahri, Izwan Shahidan dan ramai lagi.

  • Normah Damanhuri sebagai Embun
  • Zaidi Omar sebagai Bakar
  • Iman Suhana sebagai Nomi
  • Hilal Azman sebagai Bidin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Renah
  • Shah Kimin sebagai Mosa
  • Ammar Bahri sebagai Samad

Ianya mengisahkan tentang Embun yang menunggu kepulangan suaminya di jeti setiap hari walaupun ramai yang sudah ketahui suaminya itu, Bakar telah hilang di tengah laut ketika mencari rezeki.

Adiknya sendiri iaitu Renah sangat risaukan tentang keadaan kakaknya yang masih belum terima takdir tentang kematian suaminya tersebut. Disebabkan itu orang sekelilingnya memandang serong terhadap Embun dan menuduh dia gila kerana rindukan suaminya.

Raya semakin dekat, Embun mahu masakkan rendang itik kegemaran suaminya itu. Dia yakin jika Bakar terhidu hidangan tersebut, Bakar akan pulang ke rumah.

Telefilem Perindu Senja Di TV3

Telefilem Perindu Senja Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post