Telefilem Raya Sebagai Isteri Di Astro Ria

Telefilem Raya Sebagai Isteri Di Astro Ria

Saksikan telefilem Raya Sebagai Isteri yang akan menemui penonton pada 29 April 2023 (raya kelapan), bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang ditayangkan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Juita Viden, diarahkan oleh Michael Ang dengan nukilan skrip daripada Rehal Nuharis.

Sinopsis Telefilem Raya Sebagai Isteri

Telefilem Raya Sebagai Isteri menampilkan barisan pelakon seperti Hawa Rizwana, Zizan Razak, Datin Nina Juren, Auni Yusri, Issey Fazlisham dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Haidar
  • Hawa Rizwana sebagai Soraya
  • Datin Nina Juren sebagai Kalsom
  • Auni Yusri sebagai Indah
  • Issey Fazlisham sebagai Tok Kadi

Ianya mengisahkan tentang pasangan Soraya dan Haidar yang telah disatukan sebagai suami isteri dalam bulan Ramadan atas kehendak ibu Soraya sendiri, Kalsom.

Disebabkan itu, hubungan Soraya dengan ibunya dingin. Soraya jadi marah bila Haidar rapat dengan ibunya sendiri. Sebenarnya mereka menyimpan suatu rahsia yang orang lain tak tahu. Apakah rahsia tersebut?

Telefilem Raya Sebagai Isteri Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post