Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Saksikan telefilem Sumpahan Peti Ais yang akan menemui penonton pada 22 April 2023 (raya pertama), bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Playwright Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reen Emran dengan nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Sinopsis Telefilem Sumpahan Peti Ais

Telefilem Sumpahan Peti Ais menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Alhadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong, Puteri Iesya, Ieda Moin dan ramai lagi.

  • Sherry Alhadad sebagai Tina
  • Didie Alias sebagai Kiah
  • Ariff Yong sebagai Kamal
  • Sharifah Sakinah sebagai June
  • Ieda Moin sebagai Amy
  • Putri Iesya sebagai Julai (Ju-On Ketot)

Ianya mengisahkan tentang Tina iaitu seorang usahawan baru naik yang mana dia pulang ke kampung suaminya, Kamal dan berlagak dengan produk kek dan kuih tart dia yang telah laku keras.

Perlakuan ini telah mengundang rasa tidak puas hati kepada ibu mentuanya iaitu Kiah apabila jualan Tina lebih laris daripada jualannya.

Bukan itu sahaja, Tina juga tidak berpuas hati dengan peti ais yang ada di rumah ibu mentuanya tersebut. Katanya, peti ais tersebut telah uzur dan tidak kuat untuk meletakkan semua kuih dan kek jualannya. Siap kutuk lagi.

Kiah yang berkecil hati dengan perlakuan anak menantunya tersebut telah menyumpah Tina menjadi peti ais. Sudahnya, pada malam hari Tina akan jadi peti ais yang terletak di dapur.

Nak tak nak, Tina perlu cari jalan keluar dan lari daripada sumpahan tersebut dan pastinya dia kena cepat. Berjayakan Tina?

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post