Koleksi Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Koleksi Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Ketahuilah di dalam bulan Ramadan adanya peristiwa Nuzul al-Quran dimana ianya berlaku pada 17 Ramadan. Jadi dalam waktu ini, umat Islam di Malaysia khususnya meraikan dengan pelbagai cara seperti beri ucapan, ceramah, tazkirah, Quran Hour dan sebagainya.

Sehingga kini, satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad yang berkekalan hatta sehingga hari kiamat adalah al-Quran. Ianya merupakan Kalam Ilahi yang mana menjadi panduan kehidupan menyeluruh umat Islam dari pelbagai aspek dunia dan akhirat.

Nuzul yang juga bermaksud Penuran al-Quran adalah bertujuan bagi memberikan petunjuk dan menjadi panduan agar manusia dapat membezakan antara haq dan batil. Ianya satu-satunya jalan kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Maksud Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunya ayat al-Quran yang pertama kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail iaitu lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq hinggalah seterusnya turun secara berperingkat menjadi lengkap sebagaimana kita al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa ini berlaku adalah pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Baginda iaitu ketika berada di Gua Hira.

Senarai Ucapan Nuzul Al-Quran Tahun 2024

Jadi bila tiba tarikh 17 Ramadan setiap tahun, khususnya di Malaysia banyak aktiviti yang diadakan bagi memperingati tentang peristiwa yang besar dan istimewa untuk umat Islam. Jadi selain daripada memperbanyakkan bacaan al-Quran, anda boleh galakkan orang ramai dengan beri ucapan salam kepada mereka.

Anda boleh kongsikan ucapan-ucapan yang baik sekali gus menggalakkan orang ramai untuk menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran dengan melakukan akiviti yang bermanfaat. Disini kami kongsikan senarai ucapan sebagai panduan.

Ucapan Nuzul Al-Quran 1

Selamat Menyambut Dan Menghayati Hari Nuzul Al-Quran Tahun 2024

'Setiap tahun disambut pada 17 Ramadan dan marilah kita semua menjadikan al-Quran sebagai Perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan kita.'

Ucapan Nuzul Al-Quran 2

Ucapan Salam Nuzul Quran 1445H

'Semoga para sahabat yang sentiasa membaca kita suci Al-Quran akan bertambah ilmu dan keberkatan berlipat kali ganda. Aminnn'

Ucapan Nuzul Al-Quran 3

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H/2024

'Al-Quran diturunkan kepada Umat Muhammad SAW sarat dengan faedah, manfaat, rahmat serta kebaikkan dan begitu juga pesanan dan peringatan untuk manusia yang berfikir'

Ucapan Nuzul Al-Quran 4

Salam Nuzul Quran 1445H/2024M Kepada Semua

"Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk untuk manusia." - [Al-Baqarah: 185]

Ucapan Nuzul Al-Quran 5

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

"Sesungguhnya Kam telah turunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)" - [ad-Dukhan:3)

Ucapan Nuzul Al-Quran 6

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran [28 Mac 2024M | 17 Ramadan 1445H]

"Kita Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" - [Al-Baqarah: 2]

Ucapan Nuzul Al-Quran 7

Salam Nuzul Al-Quran 1445H/2024

"Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi sya'faat kepada para pembacanya pada hari kiamat kelak" - [Riwayat Muslim]

Ucapan Nuzul Al-Quran 8

Hargailah mukjizat al-Quran dan dalamilah maksud yang ingin disampaikan samada tersirat atau tersurat yang terkandung di dalamnya

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H/2024

Ucapan Nuzul Al-Quran 9

Selamat Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

Semoga Al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita semua di dunia dan akhirat

Ucapan Nuzul Al-Quran 10

Salam Nuzul Al-Quran 1445H/2024M

Hari ini disambut untuk memperingati kitab al-Quran yang diwahyukan buat pertama kali kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril di Gua Hira'

Ucapan Nuzul Al-Quran 11

Salam Nuzul Quran

Semoga belum terlambat untuk ucap kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia. Mari kita sama-sama imarahkan tadarus dan tadabbur Al-Quran... Insha Allah

Ucapan Nuzul Al-Quran 12

Salam Nuzul Al-Quran 1445H

Sama-samalah kita menghayati peristiwa bersejarah Nuzul Al-Quran di bulan Ramadan yang mulai ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya selalu.

Ucapan Nuzul Al-Quran 13

Salam Nuzul Al-Quran untuk semua yang mengenali diri ini

Kita harus mengambil inspirasi dari Nuzul Al-Quran untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kita tentang agama, serta mengaplikasikan nilai-nilai suci dalam kehidupan sehari-hari kita

Ucapan Nuzul Al-Quran 14

Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Perbanyakkan membaca Al-Quran kerana padanya terdapat petunjuk dan cahaya untuk umat manusia.

Ucapan Nuzul Al-Quran 15

Nuzul Quran tidak bermakna dengan hanya ucapan 'Salam Nuzul Al-Quran'. Ianya perlu dengan penghayatan dan mengamalkan tentang isi kandungannya dalam kehidupan seharian kita.

Ucapan Nuzul Al-Quran 16

Selamat menyambut dan memperingati hari Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran ini dan memperoleh keberkatan dariNya

Ucapan Nuzul Al-Quran 17

Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam di Malaysia

Marilah kita bersama-sama menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama kehidupan kita

Ucapan Nuzul Al-Quran 18

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1445H

"May Allah userr upon us peace, happiness dan prosperity in this holy month of Ramadan, the revelations month of Al-Quran"

Pantun Nuzul Al-Quran 19

Burung bayan hinggap di dahan,
Mencari makan hingga ke malam,
17 Ramadan diturunkan al-Quran
Sebagai petunjuk sekalian alam.

Pantun Nuzul Al-Quran 20

Rama-rama hingga di tangan,
Terbang sebentar mencari makan,
Al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post