Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024 Yang Menarik

Setiap tahun, ucapan Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi kezaliman untuk rakyat Malaysia. Untuk tahun 2024, pelbagai contoh ucapan yang boleh anda gunakan untuk mengucapkan selamat kepada yang tersayang.

Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan Umat Islam yang terbesar dan dinantikan oleh semua di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ianya merupakan hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan.

Hari Raya diraikan cukup meriah setiap tahun. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti Solat Sunat Aidilfitri, kunjung-mengujung antara yang lain, saling bermaafan antara kenalan dan saudara, bagi duit raya dan semestinya ucapan Raya untuk semua.

Jadi bagi yang ingin dapatkan contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri yang unik dan menarik, anda boleh tengok senarai dibawah sebagai panduan. Anda boleh gunakan untuk dikongsikan menerusi Whatsapp, SMS atau menerusi laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.

Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024 Di Malaysia

Mengikut kalenda Islam 1445H, umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Syawal pada 22 April 2024 iaitu pada hari Sabtu yang juga bersamaan dengan 1 Syawal 1445H.

Jadi dengan pemergian Ramadan, sedikit sebanyak akan dirindui dan berdoa supaya kita mampu untuk bertemu denganya lagi pada tahun akan datang.

Umat Islam juga disunatkan untuk bergembira apabila tibanya bulan Syawal sebagai tanda kesyukuran dan berdoa supaya segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah.

Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2024 Dan Pantun Raya

Disini ada pelbagai jenis ucapan Hari Raya yang anda boleh gunakan iaitu ucapan selamat dan juga dalam bentuk pantun. Anda bebas gunakan.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada seluruh umat Islam yang akan bersama-sama meraikannya.

Rai kemenangan dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2

Salam Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin

Semoga Allah menerima amal kita dan semoga sepanjang tahun anda berada dalam kebaikkan.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 3

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,

Selama Hari Raya Maaf Zahir Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 4

Salam Aidilfitri 1445H/2024M

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
 َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga amal ibadah kita diterima sepanjang bulan Ramadan dan termasuk juga orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 5

Ramadan telah tinggalkan kita, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, disambut dengan rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 6

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 7

Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ampun dan maaf dipinta, Sekiranya ada tersilap tingkah laku dalam bergurau senda

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 8

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 9

Semoga Allah SWT menerima amal kita semua. Pohonlah kemaafan, hulurkan tangan sebagai tanda bermaafan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin. 

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 10

Andai langkah membekas lara, Ada kata menusuk sukma, Ada tingkah menoreh luka, Maka maafkanlah kesilapan saya.. Akhir kata saya ingin mengucapakan selamat hari raya 2024/ 1445H #Hari kemenangan umat islam..

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 11

Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri.

Semoga perayaan kali ini membawa kegembiraan, ketenangan, dan kebahagiaan di dalam keluarga dan seluruh masyarakat.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 12

Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas penuh kemaafan, semoga segala salah dan silap dapat dimaafkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 13

Selamat menyambut hari raya aidilfitri tak lama lagi. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan Berkat di bulan Ramadan pada kali ini. Aamiin

Salam Syawal 1445H

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 14

"Satu Syawal menjelang tiba, semoga perayaan kali ini sentiasa ceria, salam lebaran kini di pinta, mohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Selamat Hari Raya diraikan bersama."

Salam Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 15

"Satu Syawal menjelang tiba, semoga perayaan kali ini sentiasa ceria, salam lebaran kini di pinta, mohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Selamat Hari Raya diraikan bersama"

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 16

Happy Eid Mubarak! May the festival of breaking the fast put all the magic of love & happiness together

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 17

May the blessings of Allah fill your life with happiness and open all the doors of success now and always. Happy Eid Mubarak.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 18

Eid Mubarak! Wishing you and your family all the blessings of Allah this day of Eid

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 19

May Allah guide you to the road of success and happiness. Eid Mubarak to you and your family.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 20

May this Eid fills your life with the brightest of colours. Here’s wishing you and your family a very happy Eid!

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2024

Pantun Hari Raya Aidilfitri 1

Gemersik Takbir mengundang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Ucapan Raya Tanda Ingatan.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 2

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 3

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma penuh bererti,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,

Pantun Hari Raya Aidilfitri 4

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap hari dimaafkan.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 5

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 6

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Salah dan silap harap dimaafi.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 7

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Pantun Hari Raya Aidilfitri 8

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 9

Pergi ke kedai mencari gula,
Sampai ke kedai berjumpa Amin,
Selamat Hari Raya untuk semua,
Duti raya jangan lupa bank-in.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 10

Jalan-jalan ke pekan rabu,
Singgah sebentar membeli ikan,
Saya cuma nak tahu,
Raya tahun ni awak single lagi kan?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post