Cara Keluarkan Duit Wise Ke Akaun Bank Secara Online

Cara Keluarkan Duit Wise Ke Akaun Bank Secara Online

Sebenarnya kalau masih lagi banyak duit dengan pelbagai currency dalam akaun Wise sendiri, anda boleh transfer atau keluarkan duit tersebut ke akaun bank yang mana ianya boleh dilakukan secara online sahaja dan lebih mudah.

Mungkin selepas anda travel dan lihat masih ada lagi baki duit dalam Wise, anda tidak perlu simpan dalam akaun tersebut dan boleh bawa keluar semunya. Mungkin anda tidak sempat untuk menghabiskannya ketika bercuti.

Seperti contoh, sebelum ini, saya ada travel ke Korea untuk tempoh 6 hari tetapi selepas pulang dan ternyata masih ada lagi baki duit Won dalam akaun Wise yang masih belum digunakan semula.

Buat keputusan daripada terus simpan, lebih baik keluarkan duit tersebut dan masuk semula ke dalam akaun bank tempatan dengan nilai Ringgit Malaysia sudah tentu. Kita mana boleh simpan mata wang asing dalam akaun simpanan kan.

Sebenarnya, selain daripada cara transfer ke akaun bank, anda sebenarnya boleh juga keluarkan duit Wise tersebut melalui mesin ATM. Tetapi terlebih dahulu, anda perlu convert ke Ringgit Malaysia yang mana dikenakan caj. Kemudian boleh keluarkan dengan caj sehingga RM5.00 bagi setiap transaksi. Info lanjut disini.

Manakala untuk keluarkan duit secara online ke akaun bank, anda hanya dikenakan caj sekali sahaja lebih kurang 2% bagi setiap transaksi mata wang asing dan terus akan ditukar ke RM dan terus masuk ke akaun bank anda.

Cara Daftar Akaun Wise Secara Percuma

Sebelum itu, bagi anda yang belum memiliki akaun Wise dan berhajat untuk menggunakannya untuk bercuti dan travel ke luar negara, anda boleh daftar sekarang secara percuma sahaja.

  1. KLIK SINI untuk daftar. Kemudian masukkan emel dan buat password dan klik 'Claim your fee-free transfer' dan masukkan nombor telefon bagi tujuan verifikasi.
  2. Kemudian satu emel akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan. Hanya klik pada 'Confirm your email'.
  3. Selesai. Terus boleh guna.

Cara Transfer Dan Keluarkan Duit Dari Wise Ke Akaun Bank

Langkah ini, anda boleh gunakan aplikasi Wise sahaja. Lebih mudah dan pantas. Mengikut pengalaman, hanya beberapa saat sahaja, duit Won dari Wise berjaya di transfer kesemuanya ke akaun Maybank dalam hari yang sama.

Tapi sebelum ingin transfer ke akaun bank, anda terlebih dahulu perlu set up atau daftar akaun bank anda di dalam Wise dengan ikut langkah dibawah:

1)  Cara Daftar Akaun Bank Di Wise

  1. Buka aplikasi Wise
  2. Pergi pada bahagian tab Recipents dan klik butang + pada bahagian atas
  3. Kemudian pilih 'Myself' > pilih MYR (currency) dan tekan 'Local Bank Account'
  4. Akhir sekali masukkan segala butiran bank anda yang ingin menerima duit daripada Wise sehingga selesai

Anda juga boleh menggunakan Duit Now dengan menggunakan nombor telefon. Sama sahaja langkah yang perlu dibuat.

Jika sudah selesai, barulah boleh mula untuk keluarkan duit dari Wise ke akaun bank anda yang boleh dibuat secara online sahaja

2)  Cara Keluarkan Duit Dari Wise Ke Akaun Bank

  1. Buka aplikasi Wise
  2. Pilih mana-mana mata wang yang anda ingin keluarkan dan klik padanya
  3. Tekan butang 'Send'
  4. Pilih akaun bank mana yang anda ingin terima duit tersebut
  5. Akan dipaparkan jumlah yang anda boleh keluarkan beserta caj yang dikenakan serta berapa nilai Ringgit yang anda peroleh dengan nilai sebenar. Tiada caj tersembunyi. Semua nilai dipaparkan pada halaman ini.
  6. Masukkan nilai tersebut dan klik 'Continue'
  7. Semak terlebih dahulu semua butiran supaya lengkap dan tepat. Jika sudah betul, klik 'Confirm and Send'
  8. Masukkan 'reason for your transfer?' dan klik 'Submit'
  9. Akan dipaparkan transaksi yang berlaku dari akaun Wise sehingga ke akaun bank
  10. Selesai

Baca seterusnya dibawah untuk dapatkan arahan terperinci dalam bentuk gambar bagi setiap langkah

1)  Buka aplikasi Wise dan pilih currency. Kemudian klik 'Send'. Akan dipaparkan akaun bank yang telah anda daftarkan sebelum ini. Pilih mengikut kemahuan anda.

Cara Keluarkan Duit Wise Ke Akaun Bank Secara Online

2)  Kemudian akan disediakan kotak yang perlu anda masukkan nilai yang ingin dikeluarkan. Akan juga dipaparkan jumlah yang akan di convert ke RM bersama caj yang dikenakan. Itu adalah nilai sebenar yang anda peroleh selepas transaksik berjaya.

Tiada hidden charge lain selepas itu.

Cara Keluarkan Duit Wise Ke Akaun Bank Secara Online

3)  Semak segala butiran akaun bank anda. Jika sudah betul, klik sahaja 'Confirm and Send'. Akhir sekali tetapkan sebab kenapa anda ingin keluarkan atau transfer duit tersebut. Ianya tidak mengganggu proses. Pilih sahaja apa-apa dan klik 'Submit'

Tunggu beberapa saat, duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda

Cara Keluarkan Duit Wise Ke Akaun Bank Secara Online

Selesai...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post