Drama Alter-Naratif Di Viu

Drama Alter-Naratif Di Viu

Saksikan drama siri original terbaru Alter-Naratif yang akan menemui penonton mulai 25 Mei 2023, bersiaran setiap hari Khamis secara ekslusif menerusi platform penstriman Viu di www.viu.com atau aplikasi mudah alih.

Drama 8 episod yang bertemakan psychological thriller sci-fi ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faisal Ishak dengan nukilan skrip daripada Rafidah Abdullah.

OST Drama

Lagu : Ilusi Keliru
Penyanyi : Amir Masdi
Komposer : Rudy Nastia, Adi Pawana & Shamin Nazri
Penulis Lirik : Adi Pawana, Rudy Nastia & Shamin Nazri

Barisan Pelakon

Drama Alter-Naratif menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Neera Azizi, Liyana Jasmay, Rahim Omar, Gambit Saifullah, Rahim Omar, Adlin Aman Ramlie, Namron, Anas Ridzuan, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nabila Huda sebagai Mel
  • Liyana Jasmay sebagai Aira
  • Neera Azizi sebagai Kina
  • Gambit Saifullah sebagai Sam
  • Rahim Omar sebagai Isa
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Rahim
  • Namron sebagai Jaafar

Sinopsis Drama Alter-Naratif

Drama Alter-Naratif mengisahkan tentang syarikat Electric Dust Agency (EDA) yang terkenal dengan teknologi dalam bidang perubatan yang mengubah ingatan manusia.

Mel Isa iaitu Ketua Pegawai Eksekutif EDA sehabis boleh memperjuangkan teknologi yang dijalankan ini sebagai salah satu teknologi untuk masa depan bidang psikoterapi dan membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. 

Pada suatu hari, Mel pitam dan kerap kali mengalami halusinasi. Mel mengesyaki bahawa ingatannya sendiri mungkin telah diolah. Mel berusaha untuk mencari bukti dan mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri yang menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu.

Bukan sekadar Mel, tapi ramai yang datang ke EDA untuk menghapus memori silam yang pernah dilakukan. Walaubagaimanapun, anda rasa siapa yang boleh Mel percaya bila beliau sendiri tidak yakin dengan dirinya sendiri?

Drama Alter-Naratif Di Viu

Drama Alter-Naratif Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post