Filem Polis Evo 3 - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 25 Mei Ini

Filem Polis Evo 3 tayangan di pawagam

Saksikan filem aksi Polis Evo 3 yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Mei 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. jangan terlepas untuk menjadi antara yang terawal bagi menyaksikannya.

🎫Dapatkan tiket wayang murah - disini

Ianya merupakan sebuah filem trilogi dan kesinambungan daripada Polis Evo (2015) dan Polis Evo 2 (2018) yang mana masih mengekalkan pelakon yang sama sebagai watak utama iaitu Shahaeiz Sam dan Zizan Razak.

Polis Evo 3 merupakan terbitan Astro Shaw bersama syarikat produksi Skop Production, diarahkan oleh Syafiq Yusof dengan nukilan skrip daripada Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Benice Loew.

OST Filem

Tajuk Lagu : Ayuh
Penyanyi : Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri
Komposer : Malique & Tripdisz
Penulis Lirik : Kmy Kmo, Aman RA & Malique

Barisan Pelakon

Filem Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Fezrul Khan, Michael Ang, Ben Amir, Zulin Aziz, Danial Zaini dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
  • Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
  • Nora Danish sebagai Anis
  • Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
  • Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
  • Farali Khan sebagai Inspektor Julie
  • Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
  • Eyka Farhana sebagai Yati

Sinopsis Filem Polis Evo 3

Filem Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Berlaku sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Filem Polis Evo 3 tayangan di pawagam

Filem Polis Evo 3 tayangan di pawagam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post