Filem The Little Mermaid - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 25 Mei Ini

Filem The Little Mermaid di pawagam Malaysia

The Little Mermaid merupakan filem live action terbaru keluarga Disney dimana ianya diadaptasi atau remake kepada filem animasi tahun 1989 dengan nama yang sama. Filem tersebut menampilkan Halle Bailey sebagai Ariel dan Jonah Hauer-King sebagai Eric.

Sinopsis Filem The Little Mermaid

Filem The Little Mermaid mengisahkan tentang kisah seorang ikan duyung bernama Ariel yang cantik dan bersemangat untuk mengembara. Dia merupakan anak perempuan bongsu kepada Raja Triton (Javier Bardem) iaitu pengusa kerajaan Atlantika.

Gadis itu berasa bosan dengan kehidupan di bawah laut. Dia juga mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia di atas paras laut iaitu di daratan.

Pada suatu hari, Ariel dan kawan baiknya, Flounder (Jacob Tremblay) melawat sebuah kapal karam untuk mengumpul barang-barang yang ditinggalkan oleh manusia. Dia juga bertanya kepada Scuttle (Awkwafina) tentang barang yang ditemui.

Ariel tidak mengendahkan peraturan Raja Triton yang menyatakan bahawa ikan duyung dilarang meneroka dunia termasuk Ariel.

Pada suatu malam, Ariel melihat sebuah kapal melintas di atasnya dan mendapati ada sambutan perayaan yang sedang berlangsung.

Filem The Little Mermaid di pawagam Malaysia

Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Eric (Jonah Hauer-King), yang menyambut hari kelahiran pada malam itu.

Tiba-tiba ribut besar melanda dan merosakkan kapal tersebut. Eric jatuh ke dalam lautan akibat bencana itu. Ariel menyelamatkan Eric dengan membawanya ke permukaan. Dia juga menyanyi untuk Eric dengan suara yang merdu.

Sebelum Eric benar-benar sedar dan melihat susuk tubuh yang menyelamatkannya, Ariel telah melarikan diri kerana takut diketahui oleh pengawal diraja.

Bertemu dengan Eric membuatkan Ariel semakin ingin tahu tentang lelaki ini dan juga dunia daratan. Ini membawanya ke Ursula (Melissa McCarthy). Ursula menawarkan perjanjian yang boleh membuat Ariel bertukar menjadi manusia, asalkan ia ditukar dengan suara emasnya.

Perjanjian Ariel dengan Ursula meletakkan nyawanya, kerajaan ayahnya, Eric dan dunianya dalam bahaya.

Filem The Little Mermaid di pawagam Malaysia

Tayangan Filem The Little Mermaid Di Pawagam Malaysia

The Little Mermaid merupakan arahan Rob Marshall dan ditulis oleh David Magee. Halle Bailey diberi kepercayaan untuk membawa watak puteri duyung bernama Ariel, manakala Jonah Hauer-King sebagai Eric.

Daveed Diggs, Awkwafina dan Jacob Tremblay bertindak sebagai suara latar bagi tiga rakan Ariel iaitu Sebastian, Scuttle dan Flounder.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Javier Bardem, Melissa McCarthy, Noma Dumezweni, Art Malik, Martina Laird, Emily Coates dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk saksikan filem live action The Little Mermaid yang mana akan ditayangkan pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Mei 2023 (Khamis) hingga seterusnya. Boleh dapatkan tiket wayang sekarang disini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post