Filem Tujuh Dua Belas (VII XII) Di Pawagam Mulai 4 Mei Ini

Filem Tujuh Dua Belas, 7-12, VII XII Di Pawagam Mulai 4 Mei 2023

Saksikan filem Tujuh Dua Belas (VII XII) yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Mei 2023 (Sabtu) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya.

🎫Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem aksi tempatan ini merupakan terbitan Syarikat produksi Osmosi Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Thorpe Ali dengan nukilan skrip bersama daripada tuan pengarah sendiri, Abdin Azmi dan N. Norsi.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Farali Khan, Johan As'ari, Chintya Candranaya, Adam Darwisyh, Mohammad Idzham, Mohamad Zainal, Mad Murad (Souya), Doy Bohai, Kaytiow dan ramai lagi.

  • Farali Khan sebagai Safia
  • Johan As'ari sebagai Bentayan
  • Chintya Candranaya sebagai Desi
  • Adam Darwisyh sebagai Adam
  • Mohammad Idzham sebagai Sham
  • Mohamad Zainal sebagai Dr. Yusof
  • Mad Murad sebagai Black Lee

Sinopsis Filem Tujuh Dua Belas

Filem VII XII yang membawa maksud (7-12) Tujuh Dua Belas mengisahkan tentang Safia iaitu seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia.

Kisah bermula apabila Safia dan anak saudaranya Adam dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.

Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak. 

Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka. 

Filem Tujuh Dua Belas, 7-12, VII XII Di Pawagam Mulai 4 Mei 2023

Filem Tujuh Dua Belas, 7-12, VII XII Di Pawagam Mulai 4 Mei 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post