Jadual Dan Keputusan Badminton Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton Sukan SEA Kemboja 2023

Selesai sudah acara berpasukan dan kini sukan badminton diteruskan lagi dengan acara individu untuk Sukan SEA 2023 kali ini dimana ianya akan bermula dari 12 hingga 16 mei 2023 yang juga berlangsung di tempat yang sama iaitu di Morodok Techno Badminton Hall, Phnom Penh Kemboja.

Kalau acara berpasukan kita sudah ketahui, Indonesia juara Berpasukan Lelaki dan Thailand juara Berpasukan Wanita serta Kemboja juara Berpasukan Campuran sekali gus meraih pingat emas. Manakala Malaysia sekali lagi berpuas hati kutip pingat perak dalam aksi berpasukan Lelaki.

Acara Badminton Individu Sukan SEA Kemboja 2023

Dalam acara Individu sukan Badminton, seperti pada edisi-edisi sebelumnya apabila mempertaruhkan 5 kategori sekali gus 5 pingat emas bakal direbut bagi setiap atlet daripada negara yang bertanding untuk kali ini.

Kita bakal saksikan aksi Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Setiap kategori, hanya dibenarkan menghantar 2 wakil sahaja bagi setiap negara.

Senarai Pemain Dan Atlet Malaysia Dalam Acara Badminton Individu Sukan SEA 2023 Kemboja

Berikut merupakan wakil atlet Malaysia yang akan menggalas cabaran di sukan Badminton bagi acara individu dalam temasya Sukan SEA 2023 kali ini.

[Perseorangan Lelaki] - Leong Jun Hao, Lee Shun Yang

[Perseorangan Wanita] - Xin Yee Ong, Wong Lin Ching

[Beregu Lelaki] - Chia Weiji/Liew Xun, Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe

[Beregu Wanita] - Lee Xin Jie/Low Yeen Yuan, Cheng Su Hui/Cheng Su Yin

[Beregu Campuran] - Roy King Yap/Chen Su Yin, Choong Hon Jian/Yap Ling

Jadual Dan Keputusan Acara Badminton Sukan SEA Kemboja 2023

Kesemua kategori yang dipertandingkan akan bermula daripada pusingan 1, pusingan 2, suku akhir, separuh akhir dan final. Ianya merupakan peringkat kalah mati. Yang menang akan meneruskan cabaran dan tewas akan pulang.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di rtmklik.rtm.gov.my. Selain itu, boleh juga strim di beberapa pautan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam acara Badminton Sukan SEA Kemboja 2023 khusus bagi pasukan Malaysia.

12 Mei 2023 (Jumaat) - Pusingan 1

Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. (live streaming - Link 1 | Link 2)

[XD] Choong Hon Jian/Yap Ling (MAS) vs (CAM) heng Mengleap/Bun Srey Hong - [21-9, 21-8]

[WS] Lalinrat Chaiwan [1] (THA) vs (MAS) Wong Ling Ching - [21-9, 21-16]

[MS] Lee Shun Yang [4] (MAS) vs (MYA) Hein Htut - [21-9, 23-21]

-------------------------------------------

13 Mei 2023 (Sabtu) - Pusingan 2

Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. (live streaming - Link 1 | Link 2)

[MS] Jia Wei Joel Koh (SGP) vs (MAS) Leong Jun Hao [3] - [21-23, 14-21]

[WD] Lee Xin Jie/Low Yeen Yuan (MAS) vs (VIE) Van Anh Than/Thi Anh Thu Vu - [21-17, 21-13]

[XD] Roy King Yap/Cheng Su Yin (MAS) vs (SGP) Donovan Willard Wee/Xiao En Heng - [21-14, 21-17]

[WS] Ester Nurumi Tri Wardoyo (SGP) vs (MAS) Xin Yee Ong - [21-15, 21-18]

[WD] Thi Phuong Hong Dinh/Pham Thi Kanh (VIE) vs (MAS) Cheng Su Hui/Cheng Su Yin - [19-21, 15-21]

[MD] Chia Weijie/Liew Xun (MAS) vs (VIE) Dinh Hoang Nguyen/Dinh Manh Tran - [19-21, 21-12, 21-18]

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (CAM) Sorn Liza/Sophanith Reach - [21-3, 21-11]

-------------------------------------------

14 Mei 2023 (Ahad) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. (live streaming - Link 1 | Link 2)

[XD] Vannthoun Vath/Kimloung Lim (CAM) vs (MAS) Roy King Yap/Cheng Su Yin - [5-21, 3-21]

[XD] R Makkasasithorn/C Korepap (THA) vs (MAS) Choong Hon Jian/Yap Ling - [21-14, 21-18]

[MS] Jewel Angelo Albo (PHI) vs (MAS) Leong Jun Hao [3] - [14-21, 21-23]

[WD] Xiao En Heng/Yi Ting Elsa Lai (SGP) vs (MAS) Cheng Su Hui/Cheng Su Yin - [12-21, 11-21]

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (THA) Peeratchai Supkhun/Pakkapn Teeraratsakul - [16-21, 18-21]

[WD] C Korepap/P Opatniputh (THA) vs (MAS) Lee Xin Jie/Low Yeen Yuan - [21-13, 19-21, 19-21]

[MS] Lee Shun Yang [4] (MAS) vs (THA) Panitchaphon Teeraratsakul - [18-21, 21-19, 21-17]

[MD] Nge Joo Jie/Johann Prajogo (SGP) vs (MAS) Chia Weijie/Liew Xun - [21-19, 21-18]

-------------------------------------------

15 Mei 2023 (Isnin) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia. (live streaming - Link 1 | Link 2)

[XD] Roy King Yap/Cheng Su Yin (MAS) vs (THA) P Teeraratsakul/P Muenwong - [24-22, 25-27, 21-19]

[MS] Leong Jun Hao [3] (MAS) vs (INA) Chritian Adinata [2] - [19-21, 12-21]

[WD] Febriana Kusuma [1]/Amalia Pratiwi (INA) vs (MAS) Lee Xin Jie/Low Yeen Yuan - [21-9, 21-9]

[MS] Chico Aura Dwi Wardoyo [1] (INA) vs (MAS) Lee Shun Yang [4] - [21-15, 21-18]

[WD] Cheng Su Hui/Cheng Su Yin (MAS) vs (INA) Meilysa Puspitasari [2]/Rachel Rose - [10-21, 17-21]

-------------------------------------------

16 Mei 2023 (Selasa) - Final/Pingat Emas

Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia. (live streaming - Link 1 | Link 2)

[XD] Rehan Naufal Nusharjanto [1]/Lisa Ayu Kusumawati (INA) vs (MAS) Roy King Yap/Cheng Su Yin - [20-22, 21-8, 21-16]

[WD] Febriana Dwipuji Kusuma [1]/Amalia Pratiwi (INA) vs (INA) Meilysa Trias Puspitasari [2]/Rachel Rose - [21-17, 21-16]

[WS] Lalinrat Chaiwan [1] (THA) vs (THA) Supanida Katethong [2] - [12-21, 14-21]

[MS] Chico Aura Dwi Wardoyo [1] (INA) vs (INA) Christian Adinata [2] - [12-21, 21-18, 18-21]

[MD] Peeratchai Supkhun/Pakkapon Teeraratsakul (THA) vs (INA) P Kusumawardana [2]/Yeremia Rambitan - [17-21, 19-21]

PODIUM

[Perseorangan Lelaki]

Emas - Christian Adinata (INA)
Perak - Chico Aura Dwi Wardoyo (INA)
Gangsa - Lee Shun Yang (MAS) & Leong Jun Hao (MAS)

[Perseorangan Wanita]

Emas - Supanida Katethong (THA)
Perak - Lalinrat Chaiwan (THA)
Gangsa - Komang Ayu Cahya Dewi (INA) & Ester Nurumi Tri Wardoyo (INA)

[Beregu Lelaki]

Emas - (INA) P Kusumawardana/Yeremia Rambitan
Perak - Peeratchai Supkhun/Pakkapon Teeraratsakul (THA)
Gangsa - Muhammad Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA) & Nge Joo Jie/Johann Prajogo (SGP)

[Beregu Wanita]

Emas - Febriana Dwipuji Kusuma/Amalia Pratiwi (INA)
Perak - Meilysa Trias Puspitasari/Rachel Rose (INA)
Gangsa - Cheng Su Hui/Cheng Su Yin (MAS) & Lee Xin Jie/Low Yeen Yuan (MAS)

[Beregu Campuran]

Emas - Rehan Naufal Nusharjanto/Lisa Ayu Kusumawati (INA)
Perak - Roy King Yap/Cheng Su Yin (MAS)
Gangsa - Pakkapon Teeraratsakul/Phataimas Muenwong (THA) & Ratchapol Makkasasithorn/Chasinee Korepap (THA)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post