Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Piala Sudirman 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Piala Sudirman 2023

Kejohanan Piala Sudirman 2023 atau Sudirman Cup kini kembali dan ianya akan berlangsung selama lapan hari iaitu bermula 14 hingga 21 Mei 2023 dan kali ini China menjadi tuan rumah iaitu di venue Zuhou Olympic Sports Centre.

Kejohanan dwi-tahunan Piala Sudirman 2023 merupakan edisi ke-18 dan kali terakhir adalah berlangsung di Vantaa, Finland tahun 2022 dan ketika itu, China meraikan kemenangan ke-12 mereka sepanjangn kejohanan ini berlangsung sejak 1989.

Sudirman Cup merupakan pertandingan badminton berpasukan campuran antarabangsa yang melibatkan pasukan dibawah BWF. Ianya berlangsung selang-seli dengan Thomas Cup dan Uber Cup yang mana ianya berlangsung pada tahun 2022 yang lalu. Kini giliran Sudirman Cup pula.

  • Kejohanan : TotalEnergies BWF Piala Sudirman 2023
  • Tarikh : 14 Mei - 21 Mei 2023
  • Venue : Zuhou Olympic Sports Centre, China

Dalam kejohanan kali ini, sebanyak 16 pasukan yang layak dan akan bermula pada peringkat kumpulan terdiri daripada 4 pasukan bagi setiap kumpulan tersebut. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Chinese Taipei, India dan Australia.

Kejohanan ini juga tidak menawarkan hadiah wang tunai, tetapi pemain yang bermain mewakili negara masing-masing akan memperoleh mata ranking BWF sekali gus meraih gelaran juara dalam pertandingan ini.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Piala Sudirman 2023

Kejohanan ini juga antara yang terpenting bagi skuad Malaysia. Pihak pengurusan BAM telah mengumumkan senarai pemain terkuat bagi menggalas cabaran ke Piala Sudirman 2023 kali ini.

Pemain Lelaki

Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi, Ong Yew Sin, Goh Soon Huat, Tan Kian Meng, Chen Tang Jie, Hoo Pang Ron

Pemain Wanita

Goh Jin Wei, K Letshanaa, Pearly Tan, M Thinaah, Go Pei Kee, Valeree Siow, Shevon Lai, Toh Ee Wei, Lai Pei Jing, Teoh Mei Xing

Pemain-pemain ini akan dibentuk dalam mengharungi lima perlawanan setiap pusingan iaitu menerusi Perseorangan Lelaki dan Wanita serta Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran.

Jadual & Keputusan Perlawanan Sudirman Cup 2023

Piala Sudirman 2023 akan bermula pada peringkat kumpulan. Setiap kumpulan akan mengharungi 3 perlawanan dengan 5 kategori yang dipertaruhkan iaitu secara Berpasukan Campuran. Hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir. Kemudian ke Separuh Akhir dan Final.

Sudah pastinya peminat badminton tanah air tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi permainan badminton terhebat pada tahun ini terutamanya pemain-pemain Malaysia yang mengambil bahagian kali ini.

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan-perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 4 (CH814) dan Astro Supersport 5 (CH815) serta boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang akan berlangsung sepanjang kejohanan dan butiran secara terperinci untuk setiap pemain yang bermain hanya dipaparkan untuk pemain-pemain Malaysia sahaja.

14 Mei 2023 (Ahad) - Peringkat Kumpulan

- Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Chinese Taipei (4) - (1) India
  • Korea (4) - (1) Perancis
  • Malaysia (5) - (0) Australia

[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (AUS) K Hooi Choo/Gronya Somerville - [21-17, 21-14]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (AUS) Ricky Tang - [21-3, 21-13]

[WS] K Letshanaa (MAS) vs (AUS) Tiffany Ho - [21-19, 21-12]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (AUS) Rayne Wang/Jack Yu - [21-7, 21-14]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (AUS) Kaitlyn Ea/Gronya Somerville - [21-12, 21-13]

- Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • Jepun (5) - (0) England
  • Denmark (4) - (1) Singapura
  • China (5) - (0) Mesir

-----------------------------------------

15 Mei 2023 (Isnin) - Peringkat Kumpulan

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Indonesia (5) - (0) Kanada
  • Thailand (4) - (1) Jerman
  • Chinese Taipei (5) - (0) Australia

Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • Jepun (4) - (1) Perancis
  • Korea (4) - (1) England
  • Malaysia (5) - (0) India (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (IND) Dhruv Kapila/Ponnappa Ashwini - [21-16, 21-17]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Kidambi Srikanth - [21-16, 21-11]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (IND) Pusarla V. Sindhu - [14-21, 21-10, 22-20]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (IND) Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty - [21-18, 21-19]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) v (WD) Treesa Jolly Gayatri/Gopichand Pullela - [21-15, 21-13]

-----------------------------------------

16 Mei 2023 (Selasa) - Peringkat Kumpulan

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Indonesia (4) - (1) Jerman
  • Thailand (4) - (1) Kanada

Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • China (5) - (0) Singapura
  • Denmark (5) - (0) Mesir

-----------------------------------------

17 Mei 2023 (Rabu) - Peringkat Kumpulan

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • India (4) - (1) Australia
  • Malaysia (4) - (1) Chinese Taipei (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin - [17-21, 21-19, 21-17]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (TPE) Chou Tien Chen - [21-14, 23-21]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (TPE) Tai Tzu Ying - [8-21, 10-21]

[MD] Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao/Yang Po Han - [21-8, 23-21]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (TPE) Hsu Ya Ching/Teng Chun Hsun - [21-15, 19-21, 21-15]

(KUMPULAN C yang berjaya ke Suku Akhir : Malaysia & India)

Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • Jepun (0) - (5) Korea
  • Perancis (5) - (0) England

(KUMPULAN D yang berjaya ke Suku Akhir : Korea & Jepun)

-----------------------------------------

18 Mei 2023 (Khamis) - Peringkat Kumpulan

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Indonesia (2) - (3) Thailand
  • Jerman (2) - (3) Kanada

(KUMPULAN B yang berjaya ke Suku Akhir : Thailand & Indonesia)

Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • China (5) - (0) Denmark
  • Singapura (5) - (0) Mesir

(KUMPULAN A yang berjaya ke Suku Akhir : China & Denmark)

-----------------------------------------

Final Piala Sudirman 2023

19 Mei 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

  • Thailand (2) - (3) Jepun
  • Chinese Taipei (1) - (3) Korea

- Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • China (3) - (0) Indonesia
  • Denmark (1) - (3) Malaysia (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Mathias Christiansen/Alexandra Bøje (DEN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-15, 14-21, 7-21]

[MS] Viktor Axelsen (DEN)* vs (MAS) Lee Zii Jia - [4-4] *Retired

[WS] Mia Blichfeldt (DEN) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-14, 15-21, 21-19]

[MD] King Astrup/Anders Rasmuseen (DEN) vs (MAS) Aaron Chia/Soh Wooi Yik - [17-21, 16-21]

[WD] Alexandra Bøje/Maiken Fruergaard (DEN) vs (MAS) Pearly Tan/M Thinaah

-----------------------------------------

20 Mei 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (KOR) Seo Seung Jae/Chae Yu Jung - [21-11, 13-21, 7-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (KOR) Jeon Hyeok Jin - [21-11, 21-9]

[WS] K Letshanaa (MAS) vs (KOR) An Se Young - [10-21, 13-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KOR) Kim Won Ho/Na Sung Seung - [12-21, 11-21]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee So Hee

*Berakhir cabaran Malaysia di Piala Sudirman 2023 apabila tewas kepada Korea Selatan 1-3. Malaysia bawa pulang pingat gangsa.

Perlawanan adalah bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

  • China (3) - (2) Jepun

-----------------------------------------

21 Mei 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan adalah bermula pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia

  • China (3) - (0) Korea

[XD] Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN) vs (KOR) Seo Seung Jae/Chae Yu Jung - [18-21, 22-20, 21-8]

[MS] Shi Yu Qi (CHN) vs (KOR) Lee Yun Gyu - [21-13, 21-17]

[WS] Chen Yu Fei (CHN) vs (KOR) An Se Young - [21-16, 22-20]

[MD] Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN) vs (KOR) Kim Won Ho/Na Sung Seung

[WD] Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee So Hee

-----------------------------------------

PODIUM

Emas - China
Perak - Korea
Gangsa - Malaysia & Jepun

Untuk dapatkan jadual terperinci melibatkan pemain-pemain lain dalam Kejohanan BWF Sudirman Cup 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfsudirmancup.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post