Jadual Dan Keputusan Ping Pong Sukan SEA 2023 Kemboja

Jadual Dan Keputusan Ping Pong Sukan SEA 2023 Kemboja

Ping Pong atau Table Tennis merupakan antara sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA 2023 Kemboja kali ini dan ianya akan berlangsung dari 9 hingga 16 Mei 2023 dan kesemua acara berlangsung di Morodok Techno Sports Complex.

Dalam tempoh ini akan berlangsung 2 acara utama iaitu secara Berpasukan dan Individu. Jadi untuk peminat sukan ini, jangan lupa untuk dapatkan info penuh disini beserta berikan sokongan penuh kepada atlet Malaysia yang mengambil bahagian.

Acara Ping Pong Sukan SEA 2023 Kemboja

Acara Ping Pong mempunyai 2 kategori besar iaitu acara Berpasukan dan Individu. Untuk berpasukan dipertaruhkan 2 pingat iaitu dalam acara Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita yang mana ianya berlangsung dari 6 hingga 11 Mei 2023.

Manakala untuk individu, terdapat 5 pingat emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Setiap negara menghantar wakil bagi setiap acara.

Senarai Pemain Dan Atlet Malaysia Dalam Ping Pong Sukan SEA 2023 Kemboja

Seramai 10 atlet yang akan mengambil bahagian di Kemboja kali ini iaitu terdiri daripada 5 lelaki dan 5 wanita. Berikut merupakan senarai pemain yang mengambil bahagian

[Atlet Lelaki] - Leong Chee Feng, Wong Qi Shen, Choong Javen, Danny Ng Wann Sing & Brandon Fong Jay Shern

[Atlet Wanita] - Ho Ying, Karen Lyne Anak Dick, Alice Chang Li Sian, Tee Ai Xin & Im Li Ying

Jadual Dan Keputusan Ping Pong Sukan SEA 2023 Kemboja

Untuk acara berpasukan, ianya bermula pada peringkat kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Dua pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati di peringkat Separuh Akhir dan sehinggalah final bagi penentuan pingat emas.

Manakala acara Individu, akan bermula pada peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final. Ianya adalah format kalah mati. Yang tewas akan pulang dan menang akan teruskan cabaran sehingga ke pusingan akhir.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di rtmklik.rtm.gov.my. Selain itu, boleh juga strim di beberapa pautan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam acara Ping Pong di Sukan SEA Kemboja 2023

9 - 11 Mei 2023

  • Acara Berpasukan
  • 10 Mei - Peringkat Kumpulan & Separuh Akhir
  • 11 Mei 2023 - Final/Penentuan Pingat Emas

13 - 16 Mei 2023

  • Acara Individu


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post