Kedudukan Peringkat Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2023 Kemboja

Kedudukan Peringkat Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Acara sukan Bola Sepak Lelaki untuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung dari 29 April sehingga 16 Mei 2023 dan untuk edisi kali ini akan berlangsung di Phnom Penh dimana Kemboja sebagai tuan rumah.

Untuk sukan Bola Sepak terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu untuk pasukan lelaki dan wanita. Oleh itu, hanya 2 pingat emas yang bakal direbut oleh setiap negara yang mengambil bahagian bagi memenangi ibu segala pingat tersebut.

Untuk Bola Sepak Lelaki, sebanyak 10 pasukan yang mengambil bahagian dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A, lima pasukan dan Kumpulan B juga terdapat lima pasukan yang bertanding dan mengambil bahagian.

Mereka akan bermula dengan peringkat kumpulan dengan menggunakan format round-robin satu pusingan. Setiap pasukan hanya akan bertemu sekali sahaja dalam kumpulan yang sama. Dua pasukan teratas bagi setiap pasukan akan layak mara ke pusingan kalah mati iaitu bermula di peringkat Separuh Akhir dan kemudian di Final.

Malaysia antara pasukan yang mengambil bahagian dalam temasya kali ini dan telah diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Vietnam, Thailand, Singapura Laos. Manakala untuk Kumpulan A terdiri daripada pasukan tuan rumah, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste.

Untuk rekod, Vietnam merupakan penyandang juara atau pemenang pingat emas pada edisi lalu tahun 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Manakala Thailand merupakan pasukan yang paling banyak memenangi acara Bola Sepak Lelaki iaitu sebanyak 16 kali telah menang pingat emas, diikuti Malaysia dengan 6 kali.

Kedudukan Peringkat Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Setiap pasukan akan bermain sebanyak empat perlawanan 29 April hingga 11 Mei 2023 untuk peringkat kumpulan. Bagi pasukan yang layak ke peringkat kalah mati di pusingan Separuh Akhir akan bermain pada 13 Mei dan Final pada 16 Mei 2023.

Berikut merupakan kedudukan terkini bagi setiap pasukan yang bertanding dalam acara Bola Sepak Lelaki di Sukan SEA Kemboja 2023 termasuk Malaysia.

Kumpulan A

Pasukan Menang Seri Kalah GF GA GD Mata
*Indonesia 4 0 0 13 1 12 12
*Myanmar 3 0 1 4 5 -1 9
Kemboja 1 1 2 6 5 1 4
Timor Leste 1 0 3 3 8 -5 3
Filipina 0 1 3 1 8 -7 1

*Indonesia dan Myanmar layak ke pusingan Sepauhr Akhir sebagai juara dan naib juara kumpulan A

Kumpulan B

Pasukan Menang Seri Kalah GF GA GD Mata
*Thailand 3 1 0 10 3 7 10
*Vietnam 3 1 0 8 3 5 10
Malaysia 2 0 2 13 5 8 6
Laos 0 1 3 2 11 -9 1
Singapura 0 1 3 2 13 -11 1

*Thailand dan Vietnam berjaya ke peringkat Separuh Akhir sebagai juara dan naib juara kumpulan B

*hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan yang akan mara ke pusingan kalah mati di peringkat Semi Final

Separuh Akhir

  • Indonesia (3) - (2) Vietnam
  • Thailand (3) - (0) Myanmar

Final

  • Myanmar (1) - (3) Vietnam [Pingat Gangsa]
  • Thailand (2) - (5) Indonesia [Pingat Emas]

PODIUM

Emas - Indonesia
Perak - Thailand
Gangsa - Vietnam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post