Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2023

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2023

Biasanya kita akan ucapkan selamat apabila tibanya apa-apa perayaan dan sambutan. Tetapi sempena Hari Ibu yang bakal tiba ini, selain ucapan biasa yang kita ungkapkan, apa kata kita tukar dalam bentuk unik iaitu dalam Pantun.

Mother's Day atau Hari Ibu biasanya akan disambut di seluruh dunia pada hari Ahad, minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Jadi di negara Malaysia tahun ini, hari dan waktu tersebut adalah jatuh pada 13 Mei 2023.

Ianya bukanlah sebuah perayaan rasmi yang disambut, tetapi hanya sekadar hari memperingati seorang insan yang banyak berjasa kepada keluarga dan anak-anak iaitu seorang Ibu. Walaubagaimanapun, ianya tidak layak diperingati pada hari-hari tertentu, bahkan diingati setiap hari.

Kita umat Islam sudah diajar, ucapan yang paling bermakna terhadap seorang Ibu lain tidak bukan adalah doa yang dititipkan setiap hari diajar oleh agama iaitu:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Maksudnya : "Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil."

Senarai Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu Tahun 2023

Tapi bagi memberi penghargaan, tidak salah untuk bagi ucapan kepada insan yang kita sayang. Nak lebih unik, boleh bagi dalam bentuk pantun. Selain kongsi kepada ibu yang tersayang, boleh juga kongsi dengan orang ramai menerusi laman media sosial.

Pantun Selamat Hari Ibu 1

Pergi menimba ilmu mencari kejayaan,
Mengharapkan sinar cahaya kebahagian.
Tanpamu ibu hidupku kesepian
SELAMAT HARI IBU anakmu ucapkan.

Pantun Selamat Hari Ibu 2

Tolak basikal turun bukit,
Penatnya sungguh tidak terkata.
Mamaku tidak pernah sesekali mengungkit,
Sejarah lalu yg membawaku kedunia.

Pantun Selamat Hari Ibu 3

Berlari-lari membeli labu,
Membeli labu untuk ayah,
Jadi bila tiba Hari Ibu,
Kita kena beli hadiah.

Pantun Selamat Hari Ibu 4

Tanam tebu juga betik,
Ditepi telaga dihujung taman;
Sayangilah ibu setiap detik,
Hargailah mereka sepanjang zaman.

Pantun Selamat Hari Ibu 5

Doa rindu selalu dikirim,
Kasih semarak cinta terulung;
Kasih ibunya bukannya bermusim,
Jasanya banyak tidak terhitung.

Pantun Selamat Hari Ibu 6

Nasi ditanak lauknya biasa,
Dimakan berdua air segelas;
Jadilah anak mengenang jasa,
Ibu tua mengharap belas.

Pantun Selamat Hari Ibu 7

Cahaya sinar bintang seribu,
Ruang angkasa gemerlap kejora;
Jika benar kasihkan ibu,
Balaslah jasa sepenuh jiwa.

Pantun Selamat Hari Ibu 8

Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya;
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.

Pantun Selamat Hari Ibu 9

Awan larat dipintu kuala,
Membawa hujan petir membelah,
Ibu tempat mengutip pahala,
Ladang keberkatan diredhai Allah.

Pantun Selamat Hari Ibu 10

Di taman ada kupu-kupu,
Kupu-kupunya menghisap madu,
Untuk ibu tercintaku,
Diucapkan Selamat Hari Ibu.

Pantun Selamat Hari Ibu 11

Pergi ke pasar beli karung guni,
Pulangnya pula membeli pemotong kuku,
Siapa orang yang paling ku cinta di dunia ini,
Tiada lain hanya ibuku.

Pantun Selamat Hari Ibu 12

Bermain bola memakai sepatu,
Lapangan rumput hijau warnanya,
Terima kasih padamu ibu,
Telah membesarkanku sepenuh jiwa.

Pantun Selamat Hari Ibu 13

Hari minggu pergi ke kota,
Untuk bertemu sanak saudara,
Semoga ibu selalu bahagia,
Sihat selalu hingga akhir masa.

Pantun Selamat Hari Ibu 14

Mangga jatuh busuk sebelah,
Sebelum dimakan dicuci dahulu,
Ke manapun kakiku melangkah,
Pada ibu selalu ku rindu.

Pantun Selamat Hari Ibu 15

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih di hujung sana,
Sayang emak saya saudara,
Kerana kekasih dimana-mana

Pantun Selamat Hari Ibu 16

Awan kelabu dipinggir desa,
Pasang pelita menjelang malam;
Hari ibu sepanjang masa,
Martabat wanita di angkat Islam

Pantun Selamat Hari Ibu 17

Malam hari makan buah jambu,
Makannya di bawah terangnya bulan,
Sembilan bulan mengandung diriku,
Pengorbananmu tak akan mampu terbalaskan.

SELAMAT HARI IBU!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post