Senarai Peserta Mic On Selebriti 2023 Di Awesome TV

Senarai Peserta Mic On Selebriti 2023 Di Awesome TV

Nampaknya kali ini tampil dengan sedikit perbezaan dengan membariskan peserta yang terdiri daripada selebriti pelakon yang akan mengambil bahagian dalam Mic On Selebriti 2023 menerusi program terbaru di saluran Awesome TV bermula 20 Mei 2023.

Jika sebelum ini, program pertandingan nyanyian Mic On adalah mengfokuskan mencungkil bakat penyanyi baru yang terdiri daripada peserta biasa sahaja. Selepas dua musim, mereka kembali dengan edisi MIC ON SELEBRITI 2023 mengfokuskan peserta yang terdiri dariapda selebriti tanah air.

Kali ini, terdapat 12 peserta yang akan bertanding bagi merebut gelaran juara Mic On Selebriti yang pertama. Sama seperti musim sebelumnya, dimana para peserta turut akan dibantu oleh manager yang dibahagikan dalam 3 kumpulan sepanjang pertandingan berlangsung.

Senarai Peserta Mic On Selebriti 2023

Daripada 12 peserta tersebut, 7 peserta adalah lelaki iaitu Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan As'ari, Namie, Chiwan, Ammar Titan dan Anas Ridzuan. Manakala 5 peserta wanita pula terdiri daripada Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza Aznan.

3 penyanyi terkenal yang bertindak sebagai manager tersebut ialah Black Hanifah, Hazama dan Aepul Roza. Mereka akan bertindak untuk memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada 4 orang selebriti di bawah naungan mereka.

Black Hanifah Hazama Aepul Roza
1. Zul Huzaimy
2. Chiwan
3. Ammar
4. Sherry Ibrahim
1. Fauzi Nawawi
2. Elly Arifin
3. Mona Allen
4. Anas Ridzuan
1. Amyza Aznan
2. Namie
3. Johan As'ari
4. Afifah Nasir

*Senarai peserta selebriti dibawah manager, akan dikemaskini pada konsert minggu pertama

Untuk musim terbaru kali ini akan ada sedikit perbezaan dengan musim-musim sebelumnya dimana kesemua manager ini juga turut akan diberi tugasan mingguan dan akan dinilai oleh barisan juri. Setiap minggu, yang menang akan diberi ganjaran.

Kesemua barisan peserta akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Dato' Aaron Aziz, Erra Fazia dan Dato' Acis. Markah selebriti yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti yang terendah dalam kumpulan yang sama. Kumpulan yang mendapat markah terendah akan ke pusingan penyingkiran.

Program Mic On Selebriti 2023 Di Awesome TV

Kesemua peserta akan mempersembahkan bakat nyanyian dan sisi komedi setiap minggu bagi merebut gelaran uara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM250,000. Program Mic On Selebriti akan dikendalikan oleh gandingan pengacara terbaru iaitu Shila Zikir dan Jaa Suzuran.

MIC ON SELEBRITI 2023 akan berlangsung selama 10 minggu mulai 20 Mei 2023, pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan Myfreeview 112. Untuk info lanjut, boleh pergi ke awesometv.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post