Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Dari tahun lepas lagi tertunggu-tunggu filem ni akhirnya secara Fast X telah ditayangkan di Malaysia mulai 18 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Tapi nak tengok tayangan awal, boleh juga tonton pada malam sebelumnya.

Jadi aku sempat tonton pada malam rabu lagi sebelum ditayangkan secara rasmi. Seperti biasalah nak jadi yang terawal, takut kena spoiler daripada yang lain. Mana nak tahan kan. Jadi aku tonton sendiri di pawagam GSC terdekat.

Sinopsis Filem Fast X

Filem kesepuluh Fast & Furious kali ini diberi nama Fast X (Fast 10) dan kali ini sepertinya lebih mengfokuskan watak Dominic Toretto atau Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante.

Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya termasuk anaknya yang berusia 8 tahun, Little B.

Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Sepanjang penceritaan, Dante telah memasang perangkap bagi menjauhkan setiap daripada krew Dom supaya lebih mudah untuk membunuhnya. Dalam masa yang sama juga, dia mencari Little B untuk dijadikan tebusan.

Pelbagai aksi yang berlaku sepanjang pertembungan antara Dante dan setiap ahli keluarga Dom sehingga melibatkan Agency yang juga turut memburunya walaupun telah banyak perkara yang dibantu oleh Dom dan rakan-rakannya sebelum ini.

Review Filem Fast X

Seperti biasa, kalau aku review biasanya akan ada spoiler. Jadi untuk anda yang ingin teruskan bacaan, boleh sambung. Kalau tidak, boleh stop sini dan baca kemudian.

Untuk aku Fast X kali ini membawakan penceritaan yang sedikit ganas dan lebih fokus kepada watak Dom dan villain iaitu Dante. Tiada niat lain untuk Dom iaitu untuk membunuhnya sahaja. Tapi sebab tak berjaya, dia bawa kepada tebusan anaknya, Little B.

Filem ini juga sebenarnya rentetan daripada Fast & Furious 5. Jadi pada awal penceritaan, akan ada flashback untuk filem ini. Tak perlu pun nak tengok semula filem ni, dia akan tayangkan semula. Anda hanya duduk dan nikmati sahaja.

Seperti biasa, kalau nak tengok filem Fast & Furious ni, tolong letak tepi logik akal. Anda hanya perlu nikmati aksi yang disajikan baik aksi pertemburan, tembakan, letupan, bunuh dan sebagainya. Walaupun tak logik, tapi buatkan kita nak juga tonton.

Jadi untuk aku, aksi kali ini masih berada dalam tahap yang memuaskan. Kali ini, ada letupan besar di sebuah bandar di Rome iaitu Vartican City. Kemudian ada aksi kejar mengejar atas highway. Pertempuran dalam rumah, tempat persembunyian dan sebagainya. Akhir sekali, dia cuba nak letupkan empangan air pula.

 Lebih logik sikit kot berbanding terbang kereta sampai angkasa lepas macam dalam Fast 9 sebelum ini.

Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Untuk kualiti lakonan tidak boleh sangkal lagi bagi setiap watak yang dibawa. Letty, Han, Roman, Tej, Ramsey semua on point dan masih kelakar. Kali ini semua watak ada kecuali Brian O'Conner (Paul Walker). Start cerita dia ada teringat lagi untuk watak Brian ni. Sekadar untuk memperingati sahaja. Kemudian terus masuk cerita utama yang mana Dom kini diburu.

Kalau sebelum ini, kita kenal Jason Momoa dengan watak Aquaman. Untuk Fast X kali ini, dia datang dengan watak ganas physico lagi kejam. Nampak gila-gila, tidak serius tapi kejam terutamanya ingin memburu lawanya. Jason Momoa membawa watak dengan baik. Tapi kadang annoying pun ya juga sebab berlakon lembut-lembut physico gitu.

Biasa sebelum-sebelum ni, mesti ada plot twist untuk beberapa watak kan. Jadi kali ini pun ada. Pada awalnya membantu dan akhir-akhir sekali sebenarnya adalah pengkhianat. Yang ni taknak spoiler la, korang kena tengok sendiri.

Bahagian paling best dan mengarut sekali sebenarnya adalah apabila ada watak yang mati pada filem sebelum ini hidup kembali. Kalau dulu kita tengok Han mati hidup balik. Kali ini kita akan tengok kembalinya teman wanitanya iaitu Gisele Yashar (Gal Gadot) yang mati ketika jatuh dari kapal terbang dalam Fast Furious 6. Tapi screen time dalam 10 saat je kot.

Cuba letupkan empangan air, kembalinya Gisele, kapal terbang yang membawa semua krew Don ditembak dan kembalinya Luke Hobbs semua adalah dalam mode tanda tanya. Ini kerana semunya tidak dirungkaikan dan tiada jawapan.

Anda kena tahu, Fast X ini dikeluarkan dalam bentuk trilogi. Jadi ini adalah filem pertama dalam tiga filem keseluruhannya. Disebabkan itulah, ceritanya tergantung. Nak tahu pengakhirnnya kena tunggu dua lagi filem selepas ini. Bahagian 2 katanya keluar pada tahun 2025 nanti. Part 3 tak tahu lagi.

Jadi nak tahu kesudahannya, kena tunggu bertahun-tahun lagi.

Review Filem Fast X Yang Padat Dengan Aksi

Untuk yang ingin menonton, dalam Fast X akan ada credit scene iaitu pada pertengahan. Post credit scene takda. Jadi boleh keluar awal sikit. mid-scene tu penting juga. Kena la stay seminit sekejab.

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan semua aksi yang disajikan. Tetapi ianya masih dalam 'typical Fast & Furious'. Takda 'wau' factor pun. Tetapi tetap memuaskan.


Rating filem Fast X : 7.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post