Review Filem Guardian Of The Galaxy Vol 3. Filem MCU Paling Penuh Emosi.
Yang tunggu-tunggu kini telah tiba apabila filem terbaru Marvel, trilogi Guardian Of The Galaxy Vol. 3 (GOTG) sudah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 4 Mei 2023. Nak lebih awal, boleh tonton pada malam sebelumnya.
Untuk aku yang mana kini menjadi antara peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) tertunggu-tunggu filem ini ditayangkan. Nak tahu juga apa yang bakal berlaku dalam Fasa 5 untuk filem ini bagi bertemu villain yang baru.
Untuk filem ketiga cerita ini, mereka masih mengekalkan hampir semua pelakon yang sama bagi vol. 1 dan vol. 2 sebelum ini. Kita ada Chriss Pratt sebagai Peter Quill, Dave Bautista (Drax), Karen Gillan (Nebula), Pom Klementieff (Mantis) serta pelakon suara untuk Groot iaitu Vin Diesel serta Bradley Cooper untuk watak Rocket.
Pasti ramai juga dah tengok poster filem ini apabila kemunculan semula watak Gamora yang mana masih dipegang oleh pelakon yang sama iaitu Zoe Saldana. Dan pastinya ramai lagi pelakon-pelakon yang lain.
Sinopsis Filem Guardian Of The Galaxy Vol. 3
Secara ringkasnya filem Guardian Of The Galaxy Vol. 3 kali ini masih mengisahkan sepasukan pelindung galaksi yang diketuai oleh Peter Quill bersama ahlinya iaitu Drax, Groot, Rocket, Mantis dan Nebula.
Kisahnya bermula apabila Adam Warlock datang menyerang Knowhere bagi mendapatkan Rocket. Dalam pergelutan tersebut, Rocket telah diserang dan ditembak sehingga hampir mati. Jadi satu cara untuk menyelamatkannya adalah jumpa dengan pencipta Rocket yang terdiri dariapda The High Evolutionary.
Jadi bermulalah kisah Peter Quill dan rakan-rakan merentas galaksi demi mencari lokasi The High Evolutionary demi menyelamatkan kawan baik mereka tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi demi orang yang tersayang.
Review Filem Guardian Of The Galaxy Vol. 3
Sekadar peringatan, banyak spoiler yang tertulis dibawah. Risiko tanggung sendiri.
Selepas habis aku tengok filem Guardian Of The Galaxy Vol. 3 ini dalam tempoh 2 jam 30 minit ni, aku terus simpulkan filem ini adalah filem MCU paling yang penuh dengan emosi dan sedih. Mungkin boleh menangis kalau soft heart ni.
Tapi walaupun banyak part sedih, masih ada part serius, aksi hebat, kelakar dan sebenarnya cukup elemen-elemen tersebut dalam filem kali ini. Kalau sedih, sedih betul. Kalau serius, semua tergamam. Aksi kali ini lebih mantap dan GOTG tak sah la kalau takda lawak bodo yang selamba kan. Cukup semuanya!
Pada awal, aku ingat ianya akan jadi typical movie untuk selamatkan kawan mereka yang sedang nazak. Tetapi tidak apabila ianya diselitkan dengan flashback daripada Rocket yang aku rasa berjaya menyentuh perasaan setiap penonton.
Sebelum ini kita tengok Rocket ni gila-gila, jenis taknak mengaku dia memang Rakon, tapi dalam cerita kali ini, kita dah tahu asal-usul kehidupan sebenarnya sebelum menjadi Guardian Of The Galaxy bersama pasukannya.
Dalam permulaan cerita, mungkin ramai dah agak yang mana cerita kali ini pastinya tertumpu kepada watak Rocket. Tapi kali ini banyak dalam keadaan koma sahaja dan hanya sekali sekala keluar dalam flashback dan akhirnya kembali beraksi pada babak akhir.
Pada awalnya, tiada galaksi yang perlu diselamatkan kali ini. Tetapi disebabkan pencarian pencipta Rocket iaitu High Evolutionary yang membawa kepada pendedahan aktiviti perdagangan haiwan, maka dalam masa yang sama perlu juga menjadi pelindung mereka.
Ianya menjadi sempurna apabila, Gamora kembali tetapi versi 2014 ketika bersama Ravengers. Jadi perasaan terhadap Quill semua tu, takda lagi la. Cuma sedikti sebanyak telah menyedarkan Quill daripada lamunannya apabila selalu teringatkan bekas kekasihnya tersebut. Secara tidak langsung, Gamora terpaksa berjuang bersama GOTG sepanjang cerita.
Bahagian komedi kali ini masih menjadi. Kepalanya pastilah Drax The Destroyer. Lontarkan dialog lucu tapi dalam nada serius. Memang orang ramai gelak la. Lagi pula, Mantis jadi penambah perasa. Makin jadi-jadi la lawaknya. Tapi jangan risau, tidak terlalu meleret. Just nice je.
Bahagian aksi juga makin menarik. Kali ni semua watak utama yang muncul memainkan peranan yang sangat besar. Sehinggakah Cosmo the Spacedog pun sangat berfungsi terutamanya ketika dalam usaha menyelamat pada babak terakhir.
Aksi tembak menembak bagi smooth dan cun, Groot pun dah banyak mood baru. Boleh tukar jadi Kaiju dan siap boleh terbang lagi. Nebula pun sekarang dah ada tangan yang boleh bertukar jadi pelbagai senjata. Lebih style.
Kalau yang ada kuasa pun Adam Warlock sahaja. Yang lain semua gunakan senjata dan teknologi yang mengalahkan musuh. Villain utama ada kuasa, tapi tidak terlalu kuat. Mungkin pengarah nak fokuskan kepada obsesi beliau untuk mencipta makhluk baru dan pastinya terhadap ciptaannya 89P13 aka Rocket.
Untuk bahagian emosi la yang paling best. Mungkin pencinta haiwan akan terkesan kot cerita ni. Boleh tengok macam mana haiwan diseksa untuk menghasilkan sesuatu perkara baru. Kemudian dikurung di tempat yang gelak. Disinilah Rocket dicipta sehingga menjadi genius.
Disinilah juga kehidupan Rocket bermula iaitu dalam sangkar. Dalam masa yang sama ada tiga lagi kawannya iaitu Floor the Rabbit, Teefs the Walrus dan Laylla si Memerang. Kesemuanya melalui seksaan daripada High Evolutionary sehingga menjadi makhluk yang bijak tetapi dalam rupa yang menyeksakan.
Disinilah emosi bercampur baur. Bila tengok haiwan comel ditukar dan diseksa dan menjadi ciptaan yang menakutkan. Potong tangan, ganti tangan robot. Tutup mulut dengan besi dan sebagainya. Tapi mereka berempat menjadi kawan rapat dalam sangkar masing-masing. Kesemuanya ada impian untuk melihat langit biru kalau dibenarkan keluar nanti.
Ternyata harapan mereka sebenarnya meleset apabila mereka hanya bahan uji kaji sahaja dan akan dihapuskan bila sampai tempoh. Jadi semua perkara ni Rocket dapat tahu dan mula untuk larikan diri. Tapi hanya dia sahaja yang berjaya lari, kawan-kawan dia semua mati ditembak. Sedih beb.
Dalam sedih-sedih tu, inilah kelebihan Guardian Of The Galaxy apabila menyediakan skor muzik dan latarbelakang lagu yang menaikkan semangat dan happy bila dengar. Yang penting semua lagu-lagu 80s dan 90s sahaja. Lagu klasik la.
Kali ini banyak lagu-lagu yang dipasang kerana masing-masing ada cerita yang dikenang terutamanya Quill seperti teringat Gamora dan atoknya serta Rocket sendiri teringat dengan kawan-kawan lamanya dulu. Best gila.
Overall untuk aku, cukup semuanya untuk volume ke-3 kali ini. Tapi tak sangka pula mood sedih tu pun ada dalam filem MCU yang aku rasa kali terakhir dalam Endgame je la kot. Jadi korang serius kena tengok dan walaupun durasinya panjang, tapi rasa sekejab dan macam tak cukup pula.
Seperti biasa, filem MCU termasuk Guardian Of The Galaxy Vol. 3 juga ada menyediakan 2 post-credit scene iaitu selepas cerita dan juga selepas kredit iaitu pada penghujung cerita.
Untuk scene yang pertama bagi aku penting apabila ahli GOTG sekarang dah jadi baru bila Quill membuat keputusan untuk pulang ke bumi serta Gamora juga balik ke Revenger. Sekarang ada penambahan iaitu Adam Warlock dan seorang watak kanak-kanak. Groot pun dah jadi mood beast kot. Lagi padu lah.
Untuk scene kedua hanya situasi Quill makan bersama Atoknya sahaja. Itu sahaja. Takda yang penting pun. Aku rasa, kalau tak tengok pun takpa. Boleh balik terus. Tapi dah bayar tiket mahal-mahal, tunggu je la kan.
Now aku tertunggu-tunggu pula bila filem ini habis ditayangkan di pawagam dan akan masuk Disney+ Hotstar pula sebab aku nak tengok sekali lagi.
Rating Guardian Of The Galaxy Vol. 3 - 8.5/10 ⭐
Post a Comment for "Review Filem Guardian Of The Galaxy Vol 3. Filem MCU Paling Penuh Emosi."
Post a Comment