Senarai 13 Peserta Big Stage 2023 Terbaru Musim 5

Senarai 13 Peserta Big Stage 2023 Terbaru Musim Kelima

Program nyanyian yang terkenal dengan trademark 'Dominasi BBNU' kini kembali untuk musim terbaru dengan barisan peserta yang lebih hebat dan bakal beraksi dalam program Astro Big Stage 2023 untuk musim kelima.

Untuk musim kali ini, seramai 13 peserta yang telah dipilih dan bakal beraksi bagi merebut gelaran takhta Big Stage sekali gus mendominasi antara penyanyi muda yang terhebat dan bakal menempah nama dalam industri muzik tanah air.

Daripada keseluruhan, 10 daripada mereka adalah peserta daripada Malaysia. Manakala 3 selebihnya mereka datang daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan. Sekali lagi, kita akan dapat lihat oppa beraksi di Malaysia. (Tiada penyertaan daripada peserta Brunei, hanya 13 peserta sahaja yang mengambil bahagian)

Kali ini lebih menarik berbanding edisi sebelumnya apabila buat pertama kali akan ada peserta yang terdiri daripada kumpulan dan duo kumpulan. Tahun sudah, hanya peserta solo sahaja yang mengambil bahagian dan tidak untuk kali ini.

Bukan itu sahaja, peserta-peserta ini juga bukan calang-calang sebenarnya. Ada antara mereka yang telah memenangi anugerah berprestij, tercalon dalam beberapa awards, sudah menempah nama di luar negara. Selain mempunyai bakat nyanyian, masing-masing sudah ada pencapaian tersendiri.

Dengan itu, saingan pastinya akan lebih tinggi bagi setiap peserta. Mereka bukan sahaja perlu menunjukkan bakat nyanyian dengan lontaran vokal yang mantap di hadapan juri, tetapi perlu mengetangahkan perkara yang luar biasa sebagai penambah dalam setiap persembahan.

Pengacara untuk musim kali ini juga didatangkan dengan muka baru iaitu gandingan antara Malaysia dan Indonesia. Seorang yang sudah dikenali dalam mana-mana program Astro iaitu Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom dan gandingannya ialah Rina Nose.

Selain itu, rombakan juga dibuat untuk barisan juri tetap apabila Aina Abdul bakal mengadili setiap persembahan peserta setiap minggu bersama seorang lagi juri yang bakal diperkenalkan pada minggu pertama. Juri tersebut adalah Ajai disamping dengan Presiden Nitizen iaitu Nora Danish.

Senarai Peserta Big Stage 2023 Untuk Musim Ke-5

Big Stage 2023 akan membuat tirai mulai 7 April 2023 yang mana program ini akan bersiaran langsung selama 10 minggu iaitu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Seramai 13 peserta yang mengambil bahagian dalam musim kali ini dan mereka adalah seperti berikut yang tersenarai:

1)  Aufahanie

Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Aufahanie
  • Tarikh Lahir : 5 Mei 2003
  • Umur : 20 Tahun
  • Asal : Shah Alam, Selangor
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Geming Jiwa (77k views) & Mungkir ft Syahmi Ifran (523k views)

2)  Kumpulan COEX

COEX Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Mikaela Qistina
  • Nama : Amy Loh
  • Nama : Dalini
  • Nama : Eyqa Shahidan
  • Nama : Elysha Khan

3)  Dem Lepak Boyz (Duo)

Dem Lepak Boyz Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Zaidy, Hazel
  • Umur : 27 Tahun, 26 Tahun
  • Lagu Hit : Abang Datang (670k views) & Jerat (2.8k views)

4)  Firdaus Rahmat

Firdaus Rahmat Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Firdaus Rahmat
  • Tarikh Lahir : 2 Ogos 1997
  • Umur : 26 Tahun
  • Asal : Leed, England
  • Karier : Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik, Influencer, Penggubah Lagu
  • Lagu Hit : Dengarilah (145k views)

5)  Isaac Voo

Isaac Voo Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Isaac Voo
  • Tarikh Lahir : 12 Disember 1994
  • Umur 29 Tahun
  • Asal : Kota Kinabalu, Sabah
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Time Bomb (168k views)

6)  Meer Nash

Meer Nash Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Meer Nash
  • Tarikh Lahir : 20 November 1995
  • Umur : 28 Tahun
  • Asal : Pulau Pinang
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Kajima (251k views)

7)  Nadeera

Nadeera Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Nadeera Zaini
  • Tarikh Lahir : 19 September 1993
  • Umur : 30 Tahun
  • Asal : Mersing, Johor
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Hasrat Hati (11k views)

8)  Naufal Azrin

Naufal Azrin Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Naufal Azrin
  • Tarikh Lahir : 7 September 1999
  • Umur : 24 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Casablanca ft Nuha Bahrin (27m views)

9)  Putera Muhammad

Putera Muhammad Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Putera Muhammad
  • Tarikh Lahir : 21 Ogos 1992
  • Umur : 31 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Luka (7.5m views) & Musnah (136k views)

10)  Puteri Khareeza

Puteri Khareeza Aufanie Peserta Big Stage 2023 Tebaru Musim Ke-5

  • Nama : Puteri Khareeza
  • Tarikh Lahir : 17 April 1998
  • Umur : 25 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi dan Pelakon
  • Lagu Hit : Maafkan Aku bersama Venus Band (16k views) & Duka Sebalik Tawa (3.9m views)

11)  Farhan Shah

Farhan Shah Peserta Big Stage 2023 Musim 5

  • Nama : Farhan Shah
  • Umur : 32 Tahun
  • Asal : Singapura
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Pertama (11k views) & Istimewa (3.7k views)

12)  Waode

Waode Peserta Big Stage 2023 Musim 5

  • Nama : Waode Heni Andraini
  • Tarikh Lahir : 2 Mei 1997
  • Umur : 26 Tahun
  • Asal : Sulawesi Tenggara, Indonesia
  • Lagu Hit : Cinta Tanpa Tapi (5.5m views)

13)  Hoondoo

Hoondoo Peserta Big Stage 2023 Musim 5

  • Nama : Hoon dan Doo
  • Asal : Korea Selatan
  • Lagu Hit : Cover Malam Semakin Dingin (941k views)

*Tiada peserta keempat belas. Hanya 13 peserta yang mengambil bahagian dalam Big Stage 2023 Musim 5

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post