Siaran Langsung Live Malaysia vs Vietnam Bola Sepak Sukan SEA 2023 Kemboja

Siaran Langsung Live Malaysia vs Vietnam Bola Sepak Sukan SEA 2023 Kemboja

Aksi sukan Bola Sepak melibatkan pasukan Harimau Malaya untuk Sukan SEA 2023 diteruskan lagi dan kali ini bakal mempertemukan Malaysia dan Vietnam yang mana ianya akan berlangsung pada 8 Mei 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Prince, Phnom Penh Kemboja.

Kedua-dua pasukan ini akan melalui perlawanan ketiga dalam acara sukan Bola Sepak Lelaki yang mana ianya merupakan perlawanan kedua terakhir sebelum meneruskan saingan ke peringkat kalah mati di separuh akhir jika layak.

Malaysia

Pasukan negara telah mengharungi dua perlawanan sebelum ini dan telah mengumpul 3 mata dengan menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan B. Ini pastinya kedudukan yang tidak selamat jika ingin ke peringkat seterusnya.

Malaysia memang satu perlawanan ketika menentang Laos tetapi telah tewas ketika berhadapan dengan pasukan Thailand pada Sabtu lalu. Ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan skuad negara untuk mara ke peringkat yang lebih jauh.

Vietnam

Vietnam kini selesa apabila dua perlawanan awal, mereka telah memenangi kesemua perlawanan tersebut iaitu ketika bertemu Laos dan Singapura. Dengan itu, mereka kini mengumpul 6 mata sama seperti Thailand tetapi menduduki tempat kedua.

Pasukan ini merupakan juara bertahan pada edisi Hanoi 2021 yang lalu dan pastinya mereka ingin mengekalkan kejuaraan tersebut. Selain itu, mereka juga hanya bolos sekali sahaja dan menunjukkan pasukan tersebut mempunyai barisan pertahanan yang baik.

Adakah skuad E. Elavarasan mampu menghasilkan jaringan ketika berdepan Vietnam nanti? Selain itu, adakah Malaysia mampu menumbangkan antara jaguh bola sepak Asia Tenggara tersebut.

Vietnam juga sudah pastinya tidak ingin menunggu lama untuk berjaya mara ke pusingan Separuh Akhir. Jika mereka menang pada perlawanan ini, secara automatik, mereka ke pusingan seterusnya tanpa perlu risau bertemu Thailand pada perlawanan akhir.

Malaysia pula pastinya perlukan kemenangan bagi mencari peluang untuk ke peringkat kalah mati. Jika tidak, mereka perlu melupakan hasrat tersebut. Jika tidak mampu, perlu berusaha untuk sekurang-kurangnya mencuti 1 mata.

Senarai Barisan Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi skuad bawah-22 untuk pasukan Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan ini.

Senarai Barisan Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Vietnam Sukan SEA Kemboja 2023

Temasya dwi tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung daripada 5 hingga 17 Mei 2023 dan Phnom Penh, Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi k-32 kali ini. Akan tetapi acara Bola Sepak sudah pun bermula sejak 29 April yang lalu sehingga 16 Mei ini.

Untuk peringkat kumpulan telah bermula sejak 29 April hingga 11 Mei 2023. Mana-mana pasukan yang berjaya ke pusingan seterusnya akan bermain pada 13 Mei 2023 untuk peringkat Separuh Akhir dan 16 Mei untuk perlawanan final iaitu penentuan pingat emas.

Seperti biasa pada perlawanan-perlawanan sebelum ini apabila ianya juga turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga saksikan secara digital di portal online rtmklik.rtm.gov.my.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming perlawanan antara Malaysia dan Vietnam ini menerusi tayangan live streaming di facebook rasmi Cambodia 2023 atau beberapa pautan live yang disediakan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan penting ini dan terus berikan sokongan kepada para atlet negara yang beraksi dalam Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini khususnya untuk pemain-pemain dalam acara Bola Sepak.

Berikut merupakan jadual pertemuan antara skuad B-22 Malaysia vs Vietnam yang mana ianya akan berlangsung pada 8 Mei 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Prince, Phnom Penh Kemboja dengan waktu sepak mula adalah pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.

8 Mei 2023 (Isnin)

FT : Malaysia (1) - (2) Vietnam

  • Nguyen Van Tung 7' (P), 33'
  • Aiman Afif 43'

Masa : 8.00 Malam MYT
Tempat : Stadium Prince
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*Malaysia gagal mara ke pusingan Separuh Akhir selepas tewas pada perlawanan ini. Vietnam dan Thailand berjaya mara untuk kumpulan B.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post