Siaran Langsung Live Singapura vs Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023

Siaran Langsung Live Singapura vs Malaysia Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Aksi sukan Bola Sepak yang melibatkan pasukan Harimau Malaya untuk Sukan SEA 2023 Kemboja hari ini diteruskan lagi dan kali ini bakal bertemu antara Singapura dan Malaysia iaitu pada 11 Mei 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja.

Hari ini adalah penutup untuk saingan di peringkat kumpulan. Selain daripada pertembungan ini, Thailand akan berdepan Vietnam bagi menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara dan naib juara untuk Kumpulan B. Ianya penting kerana penentuan sama ada bertemu Indonesia atau Myanmar di peringkat Separuh Akhir.

Manakala untuk Singapura dan Malaysia, ini hanya sekadar perlawanan pelengkap jadual sahaja apabila masing-masing telah tersingkir daripada saingan pada perlawanan ketika yang lalu. Jika dalam carta, Malaysia di tangga ketiga dengan 3 mata dan Singapura hanya berjaya meraih 1 mata sahaja dalam tiga perlawanan.

Singapura pada awal saingan sahaja sudah tewas kepada Thailand dengan jaringan 1-3. Ianya sudah pasti memberikan pengalaman buruk untuk meneruskan saingan. Kemudian, tewas sekali lagi dengan jaringan yang sama kepada Vietnam. Sekali gus ketika itu memadamkan hasrat untuk mara ke pusingan kalah mati.

Tidak cukup disitu, kemudian bertemu Laos pada perlawanan ketiga juga, Singapura tidak mampu menang dimana mereka hanya berjaya peroleh 1 mata sahaja daripada keputusan seri tersebut iaitu berkesudahan tanpa jaringan.

Berbeza dengan Malaysia apabila membuka tirai perlawanan dengan meraih kemenangan bergaya ketika bertemu Laos dengan jaringan sebanyak 5 gol berbalas 1. Dengan semangat tersebut dibawa ketika bertemu Thailand. Tetapi tidak mampu bertahan sehingga akhir dimana bolos 2 kali dan mengakhiri perlawanan dengan jaringan 0-2.

Kemudian pada perlawanan ketiga adalah bertemu dengan penyandang juara Bola Sepak Hanoi 2021 iaitu Vietnam. Walaupun ketinggalan 2 gol, pemain-pemain negara terus berusaha hingga ke akhir. Tetapi malangnya terpaksa akur apabila tewas tipis 1-2.

Dengan keputusan itulah, sekali gus membuatkan Malaysia tersingkir dalam saingan perubatan pingat dalam acara Bola Sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Walaupun tidak berguna lagi dengan kemenangan ketika bertemu Singapura ini. Tetapi anak-anak buah E. Elavasaran pastinya inginkan keputusan yang baik iaitu mengakhiri dengan kemenangan bergaya pada perlawanan keempat ini.

Jadual Dan Keputusan Singapura vs Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023

Temasya dwi tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung daripada 5 hingga 17 Mei 2023 dan Phnom Penh, Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi k-32 kali ini. Akan tetapi acara Bola Sepak sudah pun bermula sejak 29 April yang lalu sehingga 16 Mei ini.

Hari ini akan tamat saingan peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati akan bermula dengan pusingan Separuh Akhir iaitu pada 13 Mei ini. Kemudian pada 16 Mei nanti, akan berlangsung pula Final bagi penentuan pingat emas serta perlawanan perebutan pingat gangsa.

Pada perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Malaysia ini juga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton di tv, boleh live streaming di portal online rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.

Tak cukup dengan itu juga, anda juga boleh tonton secara online perlawanan antara Singapura dan Malaysia ini menerusi live streaming di facebook rasmi Cambodia 2023 termasuk juga acara-acara lain yang berlangsung di Sukan SEA 2023.

Berikut merupakan jadual pertemuan antara skuad B-22 Singapura vs Malaysia yang mana ianya akan berlangsung pada 11 Mei 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Prince, Phnom Penh Kemboja iaitu pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia.

11 Mei 2023 (Khamis)

FT : Singapura (0) - (7) Malaysia

  • T. Saravanan 14', 48', 53', 62'
  • Haqimi Azim 45+2'
  • Mukhairi Ajmal 87'
  • Aiman Afif 90+3’

Masa : 5.00 Petang MYT
Tempat : Stadium Prince
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post