Siaran Langsung Live Thailand vs Malaysia Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Siaran Langsung Live Thailand vs Malaysia Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Acara Bola Sepak untuk Sukan SEA Kemboja diteruskan lagi yang mana melibatkan pasukan Harimau Malaya B-22 dan kali ini bakal mempertemukan Thailand dan Malaysia pada 6 Mei 2023, hari Sabtu yang akan diadakan di Prince Stadium, Phnom Penh.

Pertemuan ini merupakan perlawanan kali kedua dalam temasya kali ini untuk kedua-dua pasukan dimana masing-masing telah mengharungi satu perlawanan sebelum ini dan masing-masing telah meraih kemenangan ketika bertemua pasukan lawan.

Thailand sebelum ini telah bertemu Singapura dalam perlawanan pembukaan dan telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-1. Sekali gus telah menempatkan Thailand di tangga ketiga dalam kumpulan A dibelakang Malaysia dengan jumlah mata yang sama; 3 point.

Manakala pasukan Malaysia juga telah berjaya memperoleh 3 mata penuh iaitu ketika bertemu Laos dalam perlawanan pembukaan pada 3 Mei yang lalu apabila berjaya menjaringkan sehingga 5 gol dengan hanya melepaskan 1 gol sahaja. Dengan berkelebihan bilangan jaringan, Malaysia kini berada di tangga kedua.

Jadi perlawanan ini pastinya akan memberika tekanan kepada kedua-dua pasukan dimana mereka yang menang akan berada di tangga kedua dengan maraih mata yang sama seperti pendahulu dalam kumpulan B iaitu Vietnam dengan 6 mata.

Jika dilihat dari segi prestasi pasukan Thailand yang kini mengungguli carta pungutan pingat emas sukan Bola Sepak sepanjang zaman untuk Sukan SEA iaitu sebanyak 16 kali, pastinya perlawanan ini berpihak kepada pasukan tersebut jika dibandingkan dengan Malaysia hanya berjaya menang emas sebanyak enam kali sahaja.

Tapi inilah bola sepak, segala perkara boleh terjadi. Mungkin skuad muda Harimau Malaya ini dapat memberikan sesuatu sekali gus memberi kejutan kepada pasukan Gajah Perak dalam pertembungan kali ini.

Ingat, hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan sahaja yang akan mara ke pusingan kalah mati dan bermain di peringkat Separuh Akhir selepas ini. Seterusnya jika berjaya akan beraksi di peringkat final untuk merebut pingat emas.

Senarai Barisan Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi skuad bawah-22 untuk pasukan Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan ini.

Pemain Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Dan Keputusan Thailand vs Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023

Temasya dwi tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung daripada 5 hingga 17 Mei 2023 dan Phnom Penh, Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi k-32 kali ini. Akan tetapi acara Bola Sepak sudah pun bermula sejak 29 April yang lalu sehingga 16 Mei ini.

Untuk peminat dan penyokong Malaysia, jangan lupa untuk saksikan aksi pemain-pemain Harimau Malaysia B-22 yang akan ditayangkan di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming di portal online rtmklik.rtm.gov.my

Sebagai alternatif, anda juga boleh saksikan secara online untuk perlawanan antara Thailand dan Malaysia ini menerusi tayangan live di facebook rasmi Cambodia 2023.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini dan terus berikan sokongan kepada semua atlet-atlet Malaysia yang beraksi dalam Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini khususnya dalam acara Bola Sepak Lelaki.

Berikut merupakan jadual pertemuan antara skuad B-22 Thailand vs Malaysia yang akan berlangsung pada 6 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Prince Stadium, Phnom Penh, Kemboja dengan waktu sepak mula pada jam 5.00 petang waktu Malaysia.

6 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Thailand (2) - (0) Malaysia

  • Anan Yodsangwal 73'
  • Yotsakon Burapha 84'

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post