SPOTV Akan Bawakan AEW DOUBLE OR NOTHING 2023 Pada 29 Mei Ini

SPOTV Akan Bawakan AEW DOUBLE OR NOTHING 2023 Pada 29 Mei Ini

SPOTV akan strim edisi 2023 ‘Double or Nothing’ All Elite Wrestling's (AEW), secara langsung dan percuma bagi penonton di Malaysia melalui aplikasi SPOTV NOW pada 29 Mei 2023.

Bersiaran langsung dari T-Mobile Arena di Las Vegas, acara tahunan yang dinantikan ini dijangka akan menampilkan pertembungan sengit dengan salah satu aksi yang boleh ditonton adalah antara Four Pillars AEW.

MJF mempertahankan kejuaraan dunia AEW menentang Sammy Guevara, "Jungle Boy" Jack Perry, dan Darby Allin. Keempat-empat ini yang merupakan peserta awal AEW, telah bertemu sebelum ini, tetapi ini kali pertama kesemua mereka bertembung dalam masa yang sama.

Pertemuan AEW DOUBLE OR NOTHING adalah seperti berikut:

  • AEW World Championship: MJF (c) vs. Sammy Guevara vs. “Jungle Boy” Jack Perry vs. Darby Allin
  • AEW Women’s World Championship: Jamie Hayter (c) vs. Toni Storm
  • AEW World Tag Team Championship: FTR (c) vs. Jay Lethal & Jeff Jarrett
  • AEW TNT Championship Ladder Match: Wardlow (c) vs. Christian Cage
  • TBS Championship: Jade Cargill (c) vs. Taya Valkyrie
  • AEW International Championship Blackjack Battle Royal: Orange Cassidy (c) vs. 20 Other Competitors
  • Anarchy in the Arena: Blackpool Combat Club (Bryan Danielson, Claudio Castagnoli, Jon Moxley and Wheeler Yuta) vs. The Elite (Hangman Adam Page, Kenny Omega and the Young Bucks)
  • Unsanctioned Match: Chris Jericho vs. Adam Cole

Jangan lepaskan peluang untuk menonton aksi ini. Peminat boleh strim AEW DOUBLE OR NOTHING 2023 secara langsung di SPOTV NOW pada 29 Mei, Isnin, bermula dengan pra- rancangan pada 7 pagi (MYT), diikuti dengan acara utama pada 8.00 pagi waktu Malaysia.

Aplikasi SPOTV NOW boleh didapati di Google Play Store atau App Store. AEW Double or Nothing juga boleh ditonton di saluran SPOTV secara ulangan, pada 29 Mei, Isnin jam 10 malam (MYT) di Astro atau Unifi TV.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "SPOTV Akan Bawakan AEW DOUBLE OR NOTHING 2023 Pada 29 Mei Ini"