Telefilem Bila Larut Malam Di TV2

Telefilem Bila Larut Malam Di TV2

Saksikan telefilem Bila Larut Malam akan yang akan menemui penonton pada 2 April 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Cinematics Sdn. Bhd., diarahkan oleh Othman Hafsham dengan nukilan skrip daripada Najmie Maziez Mazlan.

Sinopsis Telefilem Bila Larut Malam

Telefilem Bila Larut Malam menampilkan barisan pelakon seperti Idris Khan, Afifah Nasir, Harith Haziq, Fadilah Mansor, Zafran Alhajj, Manis Azman, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

  • Idris Khan sebagai Nordin
  • Afifah Nasir sebagai Cikgu Sofea
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Habshah
  • Wanns Ahmad sebagai Khalil
  • Harith Haziq sebagai Ryan
  • Manis Azman sebagai Julia

Ianye mengisahkan tentang Nordin iaitu seorang peronda lebuhraya berdepan dengan trauma apabila isterinya Julia maut dalam kemalangan jalan raya. Anaknya Ryan selamat namun cedera parah dan memerlukan kos rawatan yang mahal.

Sejak dari itu, pelbagai bayangan pelik mengenai isterinya muncul di fikiran Nordin. Lebuhraya menjadi satu laluan sukar buat Nordin tetapi memandangkan anaknya yang memerlukan perbelanjaan yang besar, Nordin meneruskan kerjayanya sebagai peronda lebuhraya.

Mampukah Nordin terus bertahan demi keluarga dan insan disayanginya?

Telefilem Bila Larut Malam Di TV2

Telefilem Bila Larut Malam Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post