Telefilem Cikgu Daniel Di TV2

Telefilem Cikgu Daniel Di TV2

Saksikan telefilem Cikgu Daniel yang akan menemui penonton pada 16 Mei 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari Guru ini merupakan terbitan syarikat produksi Kacak Picture Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azwandy@Macgee Suhaimi dengan nukilan skrip daripada Zakaria Hassan.

Sinopsis Telefilem Cikgu Daniel

Telefilem Cikgu Daniel menampilkan barisan pelakon seperti Azam Pitt, Melati Melissa, Naz Johar, Tini Tyrani, Mohamad Hasan, Ferrazillah, Julai Billie, Fathma Hanna dan ramai lagi.

  • Azam Pitt sebagai Cikgu Daniel
  • Melati Melissa sebagai Aishah
  • Naz Johar sebagai Cikgu Petrus
  • Mohamad Hassan sebagai Tuni Ule
  • Ferrazillah sebagai Mansor
  • Julai Billie sebagai Tuma Balang

Ianya mengisahkan tentang  Cikgu Daniel yang dihantar ke pedalaman Sarawak selepas tamat latihan perguruan. Cara dan metod pengajaran yang dibawa oleh Cikgu Daniel menarik minat pelajar dan guru disana.

Semasa PKP, Cikgu Daniel bersama Cikgu Petrus dan Jali mengunjungi rumah murid untuk memberi bantuan. Ketika itulah, Cikgu Juita menabur fitnah ke atas Cikgu Daniel dan menghasut Cikgu Mansor.

Telefilem Cikgu Daniel di TV2

Telefilem Cikgu Daniel di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post