Telefilem Dari Pintu Neraka Di TV9

Telefilem Dari Pintu Neraka Di TV9

Saksikan telefilem Dari Pintu Neraka yang akan menemui penonton semula pada 22 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hj. Azman Hj. Yahya aka Jinggo dengan nukilan skrip daripada Fatin Nabila.

Sinopsis Telefilem Dari Pintu Neraka

Telefilem Dari Pintu Neraka menampilkan barisan pelakon seperti Shiela Rusly, Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Shakilla Khoriri, Nad Zainal, Adil Alias, Noreen, Jaffar Hasan dan ramai lagi.

  • Sheila Rusly sebagai Mak Nab
  • Amar Asyraf sebagai Kamal
  • Syafiq Kyle sebagai Zajri
  • Shakilla Khoriri sebagai Adila
  • Nad Zainal sebagai Effa

Ianya mengisahkan tentang Kamal yang berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah.

Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Satu hari, Kamal telah pecah rumah dan membunuh tuan rumah itu. Dia panik lalu melarikan diri dari rumah.

Setelah Kamal dipenjarakan, ibunya tidak jemu datang melawatnya. Apakah Kamal akan insaf dan memahami pengorbanan ibunya?

Telefilem Dari Pintu Neraka Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post