Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Saksikan telefilem Hantu Musang King yang akan menemui penonton pada 29 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi AllOut Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zh Emdee @ M. Danial dengan nukilan skrip daripada Tommy Loh.

Sinopsis Telefilem Hantu Musang King

Telefilem Hantu Musang King menampilkan barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Wanss Ahmad, Natasya Ellyza, Shy Rim dan ramai lagi.

  • Luqman Hafidz sebagai Hilman
  • Wanna Ali sebagai Normala
  • Natasya Ellyza sebagai Mawar
  • Wanss Ahmad sebagai Yan Wayar
  • Shy Rim sebagai Dato' Johan

Ianya mengisahkan tentang Hilman yang berhutang dengan Ah Long dan tidak mampu membayarnya. Suatu hari, dia menerima khabar bahawa neneknya mewasiatkan kebun Durian Musang King kepadanya.

Namun, agak sukar untuk Hilman menjual kebun tersebut ekoran khabar angin mengatakan terdapat hantu di kebun neneknya itu. Jadi pelbagai cara dibuat untuk menghalau hantu tersebut daripada kebunnya. Adakah akhirnya berjaya atau ada komplot diakhirnya?

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Telefilem Hantu Musang King Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post