Telefilem Isteriku Cikguku Di TV9

Telefilem Isteriku Cikguku Di TV3

Saksikan telefilem Isteriku Cikguku yang akan menemui penonton pada 22 Disember 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang ditayangkan sempena Hari Guru pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi A Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Azni Ishak.

Sinopsis Telefilem Isteriku Cikguku

Telefilem Isteriku Cikguku menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Fazlina Hj. Ahmad Daud, Sabhi Saddi, Lan Shiro, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sidah Ali, Muhammad Fauzan Ghazali, Raja Atiqullah dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Azlan
  • Izara Aisyah sebagai Cikgu Maria
  • Arash Mohd sebagai Dato' Darus
  • Fazlina Hj. Ahmad Daud sebagai Datin Sarah
  • Sabhi Saddi sebagai Nazir
  • Lan Shiro sebagai Fasi
  • Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Ahmad

Ianya mengisahkan tentang Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya.

Ini kerana disekolah tersebut terdapat pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah. Katanya nakal, tapi bukan jahat.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi.

Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Telefilem Isteriku Cikguku Di TV3

1/Post a Comment/Comments

  1. Ni memang ada dlm real life student kahwin dgn cikgu diorg.... org kata dah jodoh kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post