Telefilem Janin Tak Berdosa Di Awesome TV

Telefilem Janin Tak Berdosa Di Awesome TV

Saksikan telefilem Janin Tak Berdosa yang akan menemui penonton pada 7 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Selain itu, anda juga boleh tonton telefilem ini secara On Demand pada bila-bila masa menerusi platform web www.viu.com atau di aplikasi mudah alih Viu.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Awesome TV sendiri, diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi dengan nukilan skrip daripada Nanie Shafri.

Sinopsis Telefilem Janin Tak Berdosa

Telefilem Janin Tak Berdosa menampilkan barisan pelakon seperti Tasha Shilla, Azrel Ismail, Delimawati, Intan Baiduri, Aishah Dat, Afidah Bee, Mohd Farid Faizullah dan ramai lagi.

  • Tasha Shilla sebagai Julia
  • Azrel Ismail sebagai Firman
  • Delimawati sebagai Mak Gayah/Mak Kuntum

Ianya mengisahkan tentang pasangan suami isteri muda Firman dan Julia merancang berbulan madu di Amsterdam selepas Firman mendapat kenaikan pangkat di syarikatnya.

Oleh kerana pada masa itu Julia mengandung dan beliau ingin meneruskan percutiannya maka mereka merancang menggugurkan kandungan itu.

Telefilem Janin Tak Berdosa Di Awesome TV

Telefilem Janin Tak Berdosa Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post