Telefilem Mak-Mak Kesayangan Di TV1

Telefilem Mak-Mak Kesayangan Di TV1

Saksikan telefilem Mak-Mak Kesayangan yang akan menemui penonton pada 13 Mei 2023, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Ibu ini merupakan terbitan syarikat produksi Poketplay Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shahnas Putra dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Mak-Mak Kesayangan

Telefilem Mak-Mak Kesayangan menampilkan barisan pelakon seperti Fikhree Bakar, Nadia Brian, Dalimawati, Lolly Sam, Masitah Zulghan, Rosedah, Siti Aminah, Azhar Hisham, Nurul Hidayat dan ramai lagi.

  • Nadia Brian sebagai Salina
  • Fikhree Bakar sebagai Faris
  • Dalimawati sebagai Mak Minah
  • Lolly Sam sebagai Murni
  • Masitah Zulghan sebagai Bonda
  • Rosedah sebagai Umi
  • Siti Aminah sebaga Mama

Ianya mengisahkan tentang Salina yang merupakan seorang sukarelawan Pusat Jagaan Nurul Jannah iaitu pusat jagaan warga emas perempuan.

IroninyaSalina menjadi sukarelawan kerana menyesal dengan perbuatannya mengabaikan ibunya dulu. Salina begitu dikenali dalam kalangan warga di pusat itu dengan sikap peramah dan kasih sayang yang ditunjukkannya.

Apatahlagi bila Salina santai dan terbiasa memanggil mereka dengan panggilan Mak, Ummi dan Bonda. Sikapnya itu semakin membuatkan hubungan Salina dan mereka bertambah mesra dan erat.

Sementara itu, Faris turut menghantar ibunya di situ. Ibu Faris, Mak Minah mempunyai penyakit Alzheimer. Mak Minah hilang ketika berada di pusat jagaan kerana mencari Faris. Faris telah meletakkan ibunya terus di pusat jagaan itu, sehingga ibunya meninggal dunia.

Takdir menentukan Salina akhirnya berkahwin dengan Faris. Setelah berkahwin, Faris tidak membenarkan Salina ke pusat itu. Mak-mak semua rindu dengan Salina. Namun adakah peluang untuk Salina kembali semula memeriahkan penghuni pusat itu atau pun sebaliknya?

Telefilem Mak-Mak Kesayangan Di TV1

Telefilem Mak-Mak Kesayangan Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post