Telefilem Makbul Di TV3

Telefilem Makbul Di TV3

Saksikan telefilem Makbul yang akan menemui penonton semula pada 8 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland.

Sinopsis Telefilem Makbul

Telefilem Makbul menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Shah Faris, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Rahim Omar, Anne Abdullah, Syamil Muhsin, Arisa Soraya, Edaman Othman dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Akbar
  • Shah Faris sebagai Hafiz
  • Hafeez Mikail sebagai Along
  • Liza Abdullah sebagai Mak
  • Rahim Omar sebagai Ibrahim
  • Anne Abdullah sebagai Ruby

Ianya mengisahkan tentang Amir Hafiz yang meninggal dunia dilanggar oleh Akbar berikutan aktiviti lumba haram yang dilakukan pada malam Hafiz pulang daripada Masjid.

Ketika itu, mak dan bbah memang menunggu kepulangan Hafiz, anak mereka yang belajar di sebuah sekolah asrama agama. Hafiz adalah anak harapan mereka. Hafiz budak baik, solat tak tinggal, berbudi bahasa dan disayangi semua.

Disebabkan kehilangan tersebut, si mak tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat melupakannya. Terus teringat kepada anak kesayangannya sehingga mengabaikan si Along yang juga terasa dengan keadaan tersebut.

Adakah akhirnya Akhbar akan tertangkap dan kematian Hafiz terbela? Bagaimana pula dengan keadaan si mak selepas kejadian tersebut?

Telefilem Makbul Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post