Telefilem Mentari Di TV3

Telefilem Mentari Di TV3

Saksikan telefilem Mentari yang akan menemui penonton semula pada 27 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cerekarama Pilihan di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Telefilem Mentari

Telefilem Mentari menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Dato Adi Putra dan ramai lagi.

  • Zahirah Macwilson sebagai Mentari
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Dato’ Ikmal
  • Syafiq Kyle sebagai Firash
  • Dato Adi Putra sebagai Khalid

Ianya mengisahkan tentang Mentari yang ingin berkahwin dengan Firash selepas meluahkan hasratnya tersebut kepada ayahnya, Dato’ Ikmal. Namun begitu ayahnya sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri.

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu.

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal.

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.

Telefilem Mentari Di TV3

Telefilem Mentari Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post