Telefilem Orang Gaji Ke 19 Di TV2

Telefilem Orang Gaji Ke 19 Di TV2

Saksikan telefilem Orang Gaji Ke 19 yang akan menemui penonton semula pada 30 April 2024, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2023 dan dibawakan khas sempena Hari Pekerja ini merupakan terbitan syarikat produksi Tribution Studio, diarahkan oleh Yen Osing yang juga merangkap sebagai penulis skrip untuk cerita ini.

Sinopsis Telefilem Orang Gaji Ke 19

Telefilem Orang Gaji Ke-19 ini menampilkan barisan pelakon seperti Adriana Adnan, Josiah Hogan, Ain Sufia, Dottie, Faiz Tapaw, Mior Darwish dan ramai lagi.

  • Adriana Adnan sebagai Tina
  • Josiah Hogan sebagai Tuan Mukhriz
  • Dottie sebagai Camel
  • Mior Darwish sebagai Danny
  • Faiz Tapaw sebagai Jai
  • Ain Sufia sebagai Ain

Ianya mengisahkan tentang Tina yang terpaksa menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang dudak anak satu iaitu Mukhriz disebabkan arahan daripada ceti haram, Camel kerana menanggung hutang ibu bapanya.

Dalam masa yang sama menyamar sebagai orang gaji, Tina juga dipaksa untuk mencuri sebuah lukisan milik Mukhriz dirumahnya yang berharga RM8 juta bagi melangsaikan hutangnya tersebut.

Misi mereka itu gagal kerana Mukhriz yang mereka sasarkan bukanlah Mukhriz yang menjadi majikan Tina. Lukisan yang disangka bernilai RM8 juga sebenarnya adalah lukisan anak Mukhriz.

Telefilem Orang Gaji Ke 19 Di TV2

Telefilem Orang Gaji Ke 19 Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Orang Gaji Ke 19 Di TV2"