Telefilem Puteri Perak Terakhir Di TV2
Saksikan telefilem Puteri Perak Terakhir yang akan menemui penonton pada 8 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem yang mengisahkan tentang sejarah negeri Perak ini merupakan terbitan syarikat produksi RTC Entertainment Sdn. Bhd., diarahkan oleh Asri Baq'u Tajudin dengan nukilan skrip daripada Sophilea.
Sinopsis Telefilem Puteri Perak Terakhir
Telefilem Puteri Perak Terakhir menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Dato’ Rahim Razali, Farez Ridzwan, Tisha Shamsir, Laila Nasir, Rusdi Ramli, Engku Faridah, Shu Adda, Azlee Khairi, Nasieh Amin dan ramai lagi.
- Fauziah Nawi sebagai Bonda Wan Anum
- Tisha Shamsir sebagai Puteri Nurlisa
- Dato Rahim Razali sebagai Raja Arif
- Laila Nasir sebagai Wan Asiah
- Rusdi Ramli sebagai Megat Hamidi
- Engku Faridah sebagai Enda Asyikin
Ianya mengisahkan tentang Bonda Wan Anum yang mahukan cucunya iaitu Puteri Nurlisa meneruskan warisan tarian Cempaka Sari di Perak.
Akan tetapi ibunya iaitu Wani Asiah tidak setuju kerana menganggap tarian tersebut adalah punca kenapa ayahnya meninggalkan mereka sebelum ini.
Konflik semakin memuncak apabila Nek Wan menerima lamaran tanpa pengetahuan Wan Asiah. Kebenaran terungkap apabila bapa Wan Asiah, suami kepada Nek Wan muncul pada suatu hari.
Post a Comment for "Telefilem Puteri Perak Terakhir Di TV2"
Post a Comment