Telefilem Rindu Terlarang Di TV1

Telefilem Rindu Terlarang Di TV1

Saksikan telefilem Rindu Terlarang yang akan menemui penonton pada 6 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarika produksi Emolution (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Zulkefli M. Osman serta nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Kasih Terlarang

Telefilem Kasih Terlarang menampilkan barisan pelakon seperti Izz Anas Muzammil, Putri Syahadah Nur Qaseh, Shahfi Rafiq, Husna Mustaffa, Razali Hussain, Zed Zaidi, Rizalwan Ramli, Dato’ Subash Sundaramonthy dan ramai lagi.

  • Izz Anas Muzammil sebagai Adam
  • Putri Syahadah Nur Qaseh sebagai Farishah
  • Shahfi Rafiq sebagai Malik

Ianya mengisahkan tentang 3 sahabat yang tinggal di rumah anak-anak yatim iaitu Adam, Farishah dan Malik. Mereka bertiga lari dari rumah anak yatim kerana ingin mencari dan berjumpa keluarga mereka.

Adam ingin pergi ke kubur ibu dan kakaknya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Farishah ingin mencari ibu kandungnya. Manakala Malik ingin berjumpa ibunya di penjara.

Adam yang baru tinggal di rumah anak yatim setelah ditinggalkan pakciknya Musa di klinik. Akhirnya mereka kembali semula di rumah anak yatim setelah hajat mereka tercapai.

Telefilem Rindu Terlarang Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post