Telefilem Selendang Putih Di TV2

Telefilem Selendang Putih Di TV2

Saksikan telefilem Selendang Putih yang akan menemui penonton pada 15 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari Ibu ini merupakan terbitan syarikat produksi Manggis Pictures Sdn. Bhd. dan Dream At Work Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Razlan Ismail dan Jeep Rahim dengan nukilan skrip daripada Amin Shakib dan Shaza Talib.

Sinopsis Telefilem Selendang Putih

Telefilem Selendang Putih menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Lan Zailan, Fauzi Nawawi, Amyza Aznan, Zarul Umbrella, Marisa Yasmin, Abby Nadzri, Adam Shahz, Qazem Nor, Sathia dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Datin Hasnah
  • Lau Zailan sebagai Samada
  • Fuazi Nawawi sebagai Said
  • Zarul Umbrella sebagai Salleh
  • Marisa Yasmin sebagai Salleha
  • Amyza Aznan sebagai Maria
  • Abby Nadzri sebagaiShima
  • Adam Shahz sebagai Khairul
  • Qazem Nor sebagai Saif
  • Sathia sebagai Raju

Ianya mengisahkan tentang Datin Hasnah iaitu seorang ibu yang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada lima anak yang sedang menjalani kehidupan masing-masing.

Namun, usahanya tidak diterima seperti yang diharapkan. Setiap anak mempunyai masalah sendiri, sehingga hubungan antara mereka terganggu. Datin Hasnah sangat merindukan anak-anaknya dan berharap untuk mereka kembali bersatu.

Berjayakah tekad seorang ibu untuk membahagiakan keluarga dan keluarga ini bersatu kembali di bawah selendang kasih ibu?

Telefilem Selendang Putih Di TV2

Telefilem Selendang Putih Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post