Telefilem Semperit Cinta Di TV2

Telefilem Semperit Cinta Di TV2

Saksikan telefilem Semperit Cinta yang akan menemui penonton pada 9 Mei 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan sempena Aidilfitri pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azri Izhar dengan penulisan skrip daripada Rozie Rashid.

Telefilem Semperit Cinta

Telefilem Semperit Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aisyah, Aiman Hakim Ridza, Fadzilah Mansor, Mia Nasir, Fifi Faizah, Syafik Mishak, Zeika Khamis dan ramai lagi.

  • Izara Aisyah sebagai Zara
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Zharif
  • Mia Nasir sebagai Linda
  • Syafik Mishak sebagai Ikram
  • Zeika Khamis sebagai Sherry

Ianya mengisahkan tentang Zara iaitu seorang gadis 20an yang membuat kuih semperit dan menjualnya di pejabat supupunya Linda setelah kilang tempat bekerjanya tutup.

Akhirnya kuih semperit Zara mendapat banyak tempahan hingga bos Linda, Zharif pun meminati kuihnya sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.

Telefilem Semperit Cinta Di TV2

Telefilem Semperit Cinta Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post