Telefilem Syawal Mencari Cinta Di TV9

Telefilem Syawal Mencari Cinta Di TV9

Saksikan telefilem Syawal Mencari Cinta yang akan menemui penonton pada 1 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem sempena Raya yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Playground Productions dan Hyper Pictures, diarahkan oleh Megat Sharizal dengan nukilan skrip daripada Hadi Mohd Nor.

Sinopsis Telefilem Syawal Mencari Cinta

Telefilem Syawal Mencari Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Iedil Putra, Nadiya Nisaa, Ungku Hariz, Fauzuly Hamdan, Sabrina Hassan, Budi Citawan, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

  • Iedil Putra sebagai Syawal
  • Nadiya Nisaa sebagai Erra
  • Ungku Hariz sebagai Hadi
  • Sabrina Hassan sebagai Anis
  • Daiyan Trisha sebagai Tasha

Ianya mengisahkan tentang Syawal yang sering kali gagal mencari cinta senjati dan bertekad untuk mendapatkan pilihan hatinya menjelang Hari Raya Aidilifitri.

Pada pagi Raya, Syawal melepak bersama rakannya dan mereka tidak menunaikan solat sunat Hari Raya. Setelah selesai solat sunat Hari Raya, dia ternampak seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya di kampung sebelum ini. Syawal terus berkesimpulan bahawa dia telah menemui cinta sejati.

Dia telah mengunjung setiap rumah di kampung untuk menjejaki gadis tersebut. Selepas sekian lama mencari tanpa membuahkan hasil, Syawal terus mengumumkan kepada seluruh kampung bahawa dia akan melaksanakan rumah terbuka untuk hari raya dan semua orang dijemput hadir ke rumahnya.

Namun demikian, setelah selesai rumah terbukanya, gadis yang dicari-cari Syawal masih tidak kelihatan. Dia kecewa lalu berputus asa. Tanpa sedar, gadis yang dijejaki selama ini adalah Cinta, sepupunya sendiri.

Telefilem Syawal Mencari Cinta Di TV9

1/Post a Comment/Comments

  1. tulah.. tak suka beraya rumah pakcik makcik..dah tak kenal sepupu sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post