Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3

Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3

Saksikan telefilem Tiada Galang Ganti yang akan menemui penonton pada 21 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Rina Khan.

Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti

Telefilem Tiada Galang Ganti menampilkan barisan pelakon seperti Raja Atiq Azman, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Muntazar Ghufran, Fimie Don, Zack Kool, Fauzi Zulkifli, Lan Siro, Puteri Adrianna dan ramai lagi.

  • Raja Atiq Azman sebagai Alif
  • Izzendra DFKL sebagai Sarah
  • Dilla Ahmad sebagai Mak Ani
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Samad
  • Fimie Don sebagai Fizi
  • Zack Kool sebagai Hj. Sharif
  • Fauzi Zulkifli sebagai Pian

Ianya mengisahkan tentang kehidupan keluarga Alif serba kekurangan. Kerana itu, Alif selalu tuduh ayahnya malas bekerja. Suatu hari, ibu bapa Alif meninggal dunia ketika keluar membeli kasut sukan Alif.

Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menghidangkan telur goreng sebagai hidangan. Dia tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang sukar dan hanya itu yang mampu diberi oleh ibu bapanya.

Tetapi keadaan menjadi terbalik apabila ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Aidit harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh asyik makan telur goreng.

Sekarang dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3"