Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Telefilem Wakaf Dosa di TV9

Saksikan telefilem Wakaf Dosa yang akan menemui penonton semula pada 15 Disember 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip daripada Citra Abdullah.

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa

Telefilem Wakaf Dosa menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Esma Daniel, Nazafee DFKL, Adriana DFKL, Awie Dean, Daniell Fiq dan ramai lagi.

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Bakri Zain
  • Izzue Islam sebagai Danial Muhaimin
  • Farahdhiya sebagai Nazirah
  • Sweet Qismina sebagai Puteri Najwa

Ianya mengisahkan tentang Bakri Zain yang merupakan seorang pelakon yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus.

Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan.

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar.

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke 'Dunya', Najwa pula menjadikan 'Akhirat' sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau 'judgemental' pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya.

Itu merupakan titik permulaan kehancuran 'Bakri Zain'. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Telefilem Wakaf Dosa di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post